Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jepun naikkan kadar faedah kali pertama dalam 17 tahun

Mar 20, 2024 | 04:39 PM



Rakyat Singapura boleh terus menikmati percutian yang dimampui di Jepun disebabkan kekuatan mata wang Singapura yang mencapai paras rekod, berbanding yen Jepun.

Ini walaupun selepas Bank Jepun (BOJ) menaikkan kadar faedah utamanya buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun pada 19 Mac.

BOJ menetapkan julat kadar faedah dasar baru antara sifar dengan 0.1 peratus, naik daripada 0.1 peratus di bawah sifar, lapor The Straits Times (ST).


Secara teori, kadar faedah penanda aras yang lebih tinggi bagi sesebuah negara seharusnya meningkatkan nilai mata wangnya.

Oleh itu, langkah BOJ mengakhiri dasar kadar faedah negatif Jepun dijangka menaikkan nilai yen.

Dasar kadar faedah negatif itu bertujuan merancakkan ekonomi Jepun.

Bagaimanapun, kenyataan BOJ selepas keputusan itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada kenaikan kadar faedah seterusnya diperlukan.

Akibatnya, yen, selepas menjadi lebih kukuh dalam jangka waktu singkat, turun pada 19 Mac ke paras terendah 112.148 yen bagi sedolar Singapura. Ia juga jatuh ke paras lebih 150 yen bagi sedolar Amerika Syarikat.

Ketua penyelidikan Asia FX di HSBC, Cik Joey Chew, berkata walaupun BOJ bertindak tegas pada 19 Mac, “terdapat sedikit petunjuk mengenai laluan masa depan”.

Beliau berharap bank pusat Jepun itu akan menjelaskan lebih lanjut mengenai pendirian dasar kewangannya, memandangkan wujudnya inflasi berpanjangan di tengah-tengah kenaikan gaji tinggi yang diraih kesatuan sekerja pada Mac.

Penganalisis menyatakan bahawa BOJ tidak mengakhiri sepenuhnya dasar kewangannya yang longgar.

Pakar ekonomi utama di S&P Global Market Intelligence, Cik Harumi Taguchi, berkata bank pusat itu mungkin mengekalkan dasar kewangannya yang amat longgar dalam tempoh terdekat.

“Bank itu mungkin tidak tergesa-gesa mengubah rangka kerjanya, memandangkan inflasi besar kemungkinan tidak akan naik secara ketara melebihi 2 peratus, dengan prospek pertumbuhan ekonomi ketika ini,” katanya.

Inflasi di Jepun boleh menyederhana ke paras bawah 2 peratus, kerana inflasi lebih rendah bagi barangan boleh melemahkan harga perkhidmatan, katanya.

“Kenaikan gaji yang kukuh sukar dikekalkan, kecuali syarikat dapat terus memindahkan kos kepada harga barangan akhir dan meningkatkan produktiviti.

“Amalan perniagaan yang memberi kelebihan kepada syarikat besar untuk mengadakan rundingan harga juga perlu dibaiki.

“Pengguna boleh memilih berjimat daripada berbelanja jika mereka ragu-ragu mengenai kenaikan gaji berterusan dan terus bimbang mengenai masa depan, memandangkan pencen bagi generasi muda mungkin berkurang berbanding generasi terdahulu,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >