Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan rumah baru privet turun pada Dis selepas lonjakan pada Nov 2024

Pemaju jual 203 unit baru, turun 92% berbanding Nov 2024
Jan 15, 2025 | 8:46 PM
Walaupun Disember biasanya merupakan bulan perlahan, kegiatan pembelian mungkin dipacu oleh lonjakan unit yang dilancarkan pada November, yang mana enam projek kondominium baru memasuki pasaran.
Walaupun Disember biasanya merupakan bulan perlahan, kegiatan pembelian mungkin dipacu oleh lonjakan unit yang dilancarkan pada November, yang mana enam projek kondominium baru memasuki pasaran. - Foto fail

Sebanyak 203 rumah baru (tidak termasuk kondominium eksekutif) dijual oleh pemaju pada Disember 2024, menurun berbanding lonjakan luar biasa pada November.

Namun, ia masih 50 peratus lebih tinggi berbanding 135 unit yang dijual pada tempoh yang sama pada 2023, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 15 Januari.

Walaupun biasanya pembelian perlahan pada Disember, ia masih dipengaruhi oleh peningkatan jumlah unit yang dilancarkan pada November, dengan enam projek kondominium baru.

Secara bulanan, jualan rumah baru jatuh 92 peratus dari 2,560 unit pada November 2024, yang merupakan jumlah jualan tertinggi sejak Mac 2013, lapor The Business Times.

Jualan pada Disember, yang merupakan yang tertinggi sejak 2021, membawa jumlah keseluruhan untuk 2024 kepada 6,560 unit, meningkat 2.2 peratus berbanding 6,421 unit yang dijual pada 2023.

Dengan lebih 10,000 unit dijangka dilancarkan pada 2025, penganalisis meramalkan jualan rumah baru boleh mencapai antara 7,000 hingga 9,000 unit pada tahun ini.

Sementara itu, hanya 20 unit kediaman privet dilancarkan pada Disember 2024, turun dari 2,871 unit yang dilancarkan pada November 2024.

Dari segi tahunan, jumlah unit yang dilancarkan pada Disember 2024 rendah sedikit berbanding 36 unit yang dilancarkan pada Disember 2023. 

Untuk keseluruhan tahun 2024, dianggarkan 6,647 unit dilancarkan – 12 peratus lebih rendah berbanding 7,551 unit yang dilancarkan pada 2023.

Daripada 203 unit yang terjual pada Disember, 55 peratus unit berasal dari Luar Kawasan Tengah (OCR).

Sekitar 36 peratus unit terjual, atau 73 unit, datang dari Baki Kawasan Tengah (RCR), manakala baki 9 peratus unit datang dari Kawasan Tengah Utama (CCR).

Termasuk kondominium eksekutif (EC), sebanyak 373 unit terjual pada Disember 2024, lebih dua kali ganda berbanding 152 unit yang dijual pada tempoh yang sama pada 2023. 

Jumlah unit yang terjual pada Disember 2024 menurun 87 peratus berbanding 2,894 unit pada November 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg