Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura atasi jangkaan naik 5.2% pada Ogos

Oct 3, 2025 | 4:13 PM
Singapura, jualan runcit, retail, DOS
Data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) pada 3 Oktober menunjukkan jualan runcit meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun pada Ogos, lebih tinggi berbanding peningkatan 4.6 peratus pada Julai. - Foto ST

Jualan runcit meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun pada Ogos, lebih tinggi berbanding peningkatan 4.6 peratus pada Julai, menurut data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) pada 3 Oktober.

Sektor runcit menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan, mengatasi unjuran pertumbuhan 4.8 peratus oleh penganalisis dalam tinjauan pendapat Bloomberg.

Tidak termasuk kereta dan kenderaan lain, jualan runcit meningkat 4.6 peratus, lebih daripada peningkatan 3.9 peratus pada Julai, menukil laporan The Straits Times.

Pada asas bulanan terlaras bermusim, jumlah hasil jualan (turnover) bagi sektor runcit meningkat dengan margin lebih kecil sebanyak 0.5 peratus pada Ogos.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan meningkat 4.6 peratus dari bulan ke bulan, berbanding kemerosotan 3.9 peratus pada Julai.

Lebih separuh daripada industri runcit yang berbeza menyaksikan pertumbuhan jualan dari tahun ke tahun.

Jualan kenderaan meningkat 8.9 peratus, manakala jualan jam tangan dan barang kemas meningkat 11.2 peratus, sementara barangan rekreasi meningkat 9.9 peratus.

Jualan barangan optik dan buku-buku mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.4 peratus.

Sebaliknya, gedung serbaneka serta peruncit makanan dan minuman keras menyaksikan penurunan jualan dari tahun ke tahun pada Ogos.

Gedung serbaneka menyaksikan penurunan jualan sebanyak 6.5 peratus, manakala peruncit makanan dan minuman keras adalah 5.1 peratus.

Anggaran nilai jualan runcit pada Ogos ialah $4.3 bilion.

Daripada jumlah ini, dianggarkan 13.1 peratus adalah daripada jualan runcit dalam talian – berbanding 13 peratus yang dicatatkan pada Julai.

Jualan runcit dalam talian merangkumi 54.5 peratus daripada jumlah jualan peralatan komputer dan telekomunikasi.

Sebanyak 32.6 peratus pula merupakan barangan perabot dan kelengkapan rumah, manakala 11.3 peratus adalah jualan industri pasar raya dan pasar raya besar.

Dalam pada itu, jualan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) merosot 0.4 peratus pada Ogos dari tahun ke tahun, iaitu lebih rendah berbanding pertumbuhan 1.7 peratus yang dicatatkan pada Julai.

Berdasarkan asas terlaras bermusim, jualan F&B susut 0.4 peratus pada Ogos berbanding Julai.

Dari tahun ke tahun, restoran menyaksikan penurunan jualan sebanyak 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, khidmat katering makanan menyaksikan perolehan lebih tinggi sebanyak 4.8 peratus, manakala jualan bagi kedai makanan segera meningkat 1.6 peratus.

Kafe, medan selera dan tempat makan lain mencatatkan pertumbuhan mendatar dari tahun ke tahun.

Jumlah nilai jualan bagi perkhidmatan F&B pada Ogos dianggarkan bernilai $1 bilion.

Daripada jumlah ini, dianggarkan 26.3 peratus adalah daripada jualan dalam talian, setanding dengan 25.9 peratus yang dicatatkan pada Julai 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg