Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura naik 4.5% pada Jan

Mar 5, 2025 | 4:42 PM
Jika tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun, berbanding penurunan 4 peratus pada Disember.
Jika tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun, berbanding penurunan 4 peratus pada Disember. - Foto AFP

Jualan runcit Singapura meningkat 4.5 peratus tahun ke tahun pada Januari, berbanding penurunan pada akhir tahun menjelang Tahun Baru Cina, menurut data daripada Jabatan Perangkaan Singapura (SingStat) pada 5 Mac.

Jika tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun, berbanding kemerosotan 4 peratus pada Disember 2024.

SingStat menyatakan bahawa kenaikan dalam jualan runcit keseluruhan sebahagiannya disebabkan oleh sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2025, lapor The Business Times.

Pada Disember, jualan runcit jatuh 2.9 peratus tahun ke tahun.

Pertumbuhan jualan runcit

– Tahun ke tahun: 4.5 peratus
–Tahun ke tahun, tidak termasuk kenderaan bermotor: 4.8 peratus

– Bulan ke bulan (diselaras ikut musim): 2.4 peratus
– Bulan ke bulan (diselaras ikut musim, tidak termasuk kenderaan bermotor): 2.6 peratus

– Jumlah nilai jualan runcit: $4.5 bilion

Tahun ke tahun, jualan meningkat dalam lebih separuh kategori:

– Kedai serbaneka (2 peratus)
– Pasar raya dan pasar raya besar (11 peratus)
– Makanan dan alkohol (11.6 peratus)
– Kenderaan bermotor (2 peratus)
– Kosmetik, kelengkapan dandanan dan barangan perubatan (11.2 peratus)
– Pakaian dan kasut (7.3 peratus)
– Jam tangan dan barang kemas (16.3 peratus)
– Barangan optikal dan buku (0.1 peratus)

Kategori lain mencatatkan penurunan:

– Pasar mini dan kedai serbaneka (-0.8 peratus)
– Stesen minyak (-5.4 peratus)
– Perabot dan kelengkapan rumah (-2 peratus)
– Barangan rekreasi (-2.4 peratus)
– Peralatan komputer dan telekomunikasi (-4.4 peratus)
– Lain-lain (-10.7 peratus)

Pertumbuhan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B)

– Tahun ke tahun: 10.4 peratus
– Bulan ke bulan (diselaras ikut musim): 4.9 peratus

– Restoran (17.7 peratus)
– Kedai makanan segera (11.2 peratus)
– Katerer makanan (31.8 peratus)
– Kafe, medan selera dan lain-lain (-2.2 peratus)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg