Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar faedah Akaun Khas CPF, MediSave dan Persaraan turun kepada 4%

Bagi suku pertama 2025 kerana kadar ditetapkan telah jatuh di bawah kadar asas
Dec 11, 2024 | 3:09 PM
Simpanan dalam pelbagai akaun CPF akan memperoleh kadar faedah sebanyak 4 peratus pada suku pertama 2025.
Simpanan dalam pelbagai akaun CPF akan memperoleh kadar faedah sebanyak 4 peratus pada suku pertama 2025. - Foto ZAOBAO

Kadar faedah bagi Akaun Khas (SA), MediSave dan Akaun Persaraan (SMRA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan turun kepada 4 peratus dari Januari hingga Mac 2025, berbanding 4.14 peratus pada masa ini.

Simpanan dalam akaun-akaun itu akan memperoleh kadar asas sebanyak 4 peratus setahun pada suku pertama 2025, kerana kadar yang ditetapkan telah jatuh di bawah kadar asas, menurut kenyataan bersama oleh CPF, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), serta Kementerian Kesihatan (MOH) pada 11 Disember.

“Ini disebabkan oleh penurunan dalam hasil purata 12 bulan bagi Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun, yang mana kadar faedah SMRA disandarkan,” tambahnya.

Kadar faedah SMRA dikira dengan menambah 1 peratus kepada hasil purata tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Menurut laman web CPF, hasil purata dari November 2023 hingga Oktober 2024 adalah 2.99 peratus. Hasil tersebut digunakan untuk mengira kadar faedah SMRA bagi Januari hingga Mac 2025.

Angka yang terhasil adalah 3.99 peratus, yang berada di bawah kadar asas.

Kadar faedah untuk Akaun Biasa (OA), serta pinjaman perumahan HDB, kekal tidak berubah, masing-masing pada 2.5 peratus dan 2.6 peratus.

Selain itu, Jumlah Penjagaan Kesihatan Asas telah ditetapkan pada $75,500 pada 2025 bagi mereka yang berumur di bawah 65 tahun – peningkatan daripada had $71,500 pada 2024.

Jumlah itu adalah anggaran simpanan yang diperlukan untuk keperluan penjagaan kesihatan asas yang disubsidi pada usia tua.

Ia disesuaikan setiap tahun untuk pencarum CPF yang berumur di bawah 65 tahun.

Ia akan tetap pada $75,500 bagi mereka yang akan mencapai umur 65 tahun pada 2025, dan akan kekal tidak berubah untuk mereka selepas itu.

Pencarum CPF di bawah usia 55 tahun akan terus menerima faedah tambahan 1 peratus ke atas $60,000 pertama, dengan had $20,000 untuk OA.

Bagi berumur 55 tahun ke atas, mereka akan menerima 2 peratus ke atas $30,000 pertama dan 1 peratus ke atas $30,000 berikutnya, dengan had $20,000 untuk OA. Faedah tambahan itu terpakai kepada yang menyertai CPF LIFE.

CPF LIFE menyediakan bayaran bulanan kepada pencarum CPF seumur hidup bermula pada 65 tahun.

Faedah tambahan yang diperoleh ke atas OA akan dimasukkan ke dalam SA atau Akaun Persaraan pencarum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg