Kadar purata bilik di Singapura (ARR) jatuh bulan demi bulan pada April, sejajar dengan penurunan ketibaan pelancong, menurut data Lembaga Pelancongan Singapura yang dikeluarkan pada 4 Jun.
ARR pada April turun 6.6 peratus kepada $279.44 daripada $299.04 pada Mac, walaupun masih 3.2 peratus lebih tinggi berbanding ARR tempoh tahun lalu sebanyak $270.53.
Penurunan terbaru ini berlaku apabila kedatangan pelawat antarabangsa pada April menurun kepada 1.36 juta, selepas lonjakan pada Mac disebabkan oleh konsert Taylor Swift di Singapura.
Hasil keseluruhan bilik hotel mencapai $404.9 juta, menandakan penurunan 17.5 peratus daripada paras tertinggi tahun sebelumnya yang bernilai $490.8 juta.
Ini merupakan hasil bilik terendah yang dicatatkan setakat ini pada 2024.
Namun, angka April masih menunjukkan peningkatan 11.5 peratus berbanding tahun 2023.
RevPAR (hasil bagi setiap bilik tersedia) juga mencatatkan paras terendah tahun ini, turun 13.6 peratus kepada $216.60 daripada $250.71.
Namun, secara tahunan, RevPAR meningkat 2.8 peratus.
Kadar penghunian purata pada April adalah 77.5 peratus, menurun daripada 83.8 peratus pada Mac dan lebih rendah daripada kadar prapandemik sebanyak 83 peratus pada Januari 2020.
Ini juga merupakan kadar penghunian terendah yang dirakamkan dalam empat bulan pertama 2024.
Prestasi menurun ini dilihat merentasi semua kategori hotel.
ARR turun kepada $644.96 dalam segmen mewah, $324.93 dalam kelas atas, $209.36 dalam peringkat pertengahan, dan $138.56 dalam kategori ekonomi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg