Kadar pinjaman terapung kembali jadi tumpuan, kadar pinjaman tetap kekal pilihan pembeli rumah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar pinjaman terapung kembali jadi tumpuan, kadar pinjaman tetap kekal pilihan pembeli rumah

Selepas beberapa tahun turun naik kadar, ramai peminjam kini lebih menitikberatkan kepastian
Jan 26, 2026 | 6:26 PM

Kadar pinjaman terapung kembali jadi tumpuan, kadar pinjaman tetap kekal pilihan pembeli rumah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketidaktentuan kadar faedah sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan peminjam lebih berhati-hati. Ramai memilih bayaran bulanan yang lebih terjamin walaupun pakej kadar terapung semakin menarik.
Ketidaktentuan kadar faedah sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan peminjam lebih berhati-hati. Ramai memilih bayaran bulanan yang lebih terjamin walaupun pakej kadar terapung semakin menarik. - Foto ST

Minat terhadap pinjaman perumahan kadar terapung meningkat di Singapura seiring penurunan kos pinjaman, namun pemilik rumah masih cenderung kepada kadar pinjaman tetap berikutan ketidaktentuan paras kadar faedah.

Pemerhati pasaran berkata pengalaman bertahun-tahun berdepan turun naik kadar faedah telah menjadikan peminjam lebih berhati-hati.

Ramai kini mengutamakan bayaran bulanan yang boleh dijangka, walaupun pakej kadar pinjaman terapung semakin menarik.

“Hari ini, selepas bertahun-tahun turun naik kadar faedah, peminjam kini lebih mengutamakan kepastian,” kata Ketua Perhubungandi Redbrick Mortgage Advisory, Encik Clive Chng.

Beliau menambah permintaan terhadap pakej kadar tetap paling ketara dalam kalangan peminjam berisiko rendah, pembeli rumah pertama dan pemilik yang merancang pegangan jangka sederhana.

“Bagi kumpulan ini, keupayaan menetapkan bayaran bulanan memberi ketenangan fikiran,” katanya.

Pengarah Eksekutif MortgageWise.sg, Encik Darren Goh, berkata pinjaman kadar tetap kekal menarik kerana kadar tetap dan terapung kini hampir sama.

Berdasarkan data MortgageWise.sg yang diperoleh pada 23 Januari, purata kadar faedah tiga tahun bagi pinjaman kadar terapung berada antara 1.47 peratus dengan 1.67 peratus, manakala pinjaman kadar tetap antara 1.48 peratus dengan 1.75 peratus bagi pakej teratas yang ditawarkan bank di Singapura.

Ini antara 10 pakej teratas yang ditawarkan bank-bank di Singapura bagi pinjaman $750,000 selama 25 tahun untuk hartanah kediaman privet.

Bagi perumahan awam, kadar faedah pinjaman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kekal pada 2.6 peratus.

Encik Goh berkata purata kadar semalaman Singapura (Sora), yang menjadi penanda aras pinjaman kadar terapung, telah bergerak dalam julat 1.1 hingga 1.2 peratus sejak beberapa ketika lalu, dan beliau percaya tidak ramai menjangkakan ia akan turun jauh lebih rendah. 

Sora dijangka mencecah paras terendah sekitar 1 peratus pada suku kedua tahun ini (2026) sebelum meningkat kepada kira-kira 1.4 peratus menjelang akhir 2026, menurut pakar strategi pertukaran asing kanan UOB, Encik Peter Chia.

Walaupun hanya segelintir peminjam memilih kadar terapung setahun lalu (2025), minat terhadap pakej ini kini meningkat. 

Ini kerana caj tambahan bank bagi pinjaman kadar terapung kekal sekitar 0.25 peratus dan “masih dianggap menarik”, walaupun Sora telah menurun, kata Encik Wayne Quek, penasihat gadai janji kanan di Home Loan Whiz.

Dalam pinjaman kadar terapung, caj tambahan 0.25 peratus merujuk kepada caj dikenakan bank di atas kadar Sora, iaitu kadar faedah asas.

Encik Chng berkata peminjam yang memilih kadar terapung atau kadar separuh tetap iaitu semi-fixed interest rates selalunya lebih berpengalaman dan sanggup menerima ketidaktentuan bagi mengurangkan kos pinjaman dalam jangka panjang.

Kadar faedah separuh tetap merujuk kepada pinjaman yang menawarkan kadar tetap untuk tempoh awal sebelum beralih kepada kadar terapung.

Di peringkat bank, beberapa institusi yang ditemu bual The Business Times (BT) melaporkan peningkatan pertanyaan terhadap pakej kadar terapung, meskipun pakej kadar tetap masih lebih popular. 

Persaingan kadar rendah mendorong bank menawarkan ciri tambahan, seperti kelonggaran pembayaran, pengecualian penalti dan gabungan dengan perkhidmatan lain, sekali gus mengukuhkan kuasa rundingan peminjam.

Dengan kadar faedah yang dijangka mantap pada paras lebih rendah boleh mengalihkan kuasa rundingan kepada peminjam, terutama jika pembiayaan semula dan pertukaran pakej meningkat.

Keadaan ini seterusnya boleh mempengaruhi strategi bank terhadap pinjaman perumahan, memandangkan kepentingan sektor tersebut dalam portfolio pinjaman bank.

Setakat suku kedua 2025, pinjaman perumahan membentuk 19 peratus, 22 peratus dan 24 peratus daripada jumlah pinjaman DBS, OCBC dan UOB, dengan kebanyakannya di Singapura.

“Bagi bank, pinjaman perumahan kini semakin menyerupai komoditi, dengan persaingan akhirnya tertumpu pada harga dan kadar faedah,” kata Encik Goh dari MortgageWise.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg