Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar faedah tetap pinjaman rumah dijangka jatuh bawah 2% sepanjang 18 bulan mendatang

Nov 18, 2024 | 1:09 PM
Kadar faedah akan turun lebih perlahan jika bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, melaksana tarif import yang boleh mencetuskan inflasi dan memperlahan pertumbuhan ekonomi global.
Kadar faedah akan turun lebih perlahan jika bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, melaksana tarif import yang boleh mencetuskan inflasi dan memperlahan pertumbuhan ekonomi global. - Foto fail

Kadar faedah pinjaman rumah dijangka turun sepanjang 18 bulan akan datang walaupun ada kebimbangan dasar bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, boleh meningkatkan inflasi. 

Inflasi di Amerika sudah menurun, tetapi jika ia naik semula selepas Encik Trump kembali menjadi presiden, Rizab Persekutuan mungkin mengurangkan kadar faedah dengan lebih perlahan pada 2025.

Kadar faedah lebih tinggi di Amerika bermakna kadar di Singapura juga kekal tinggi. Bagaimanapun, ia akan tetap berkurangan tetapi pada kadar lebih perlahan daripada yang dijangka awalnya, kata Encik David Baey, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mortgage Master. 

Janji Encik Trump akan mengurangkan cukai dan mengenakan tarif boleh menyebabkan inflasi di Amerika dan ekonomi global jika ia dilaksanakan, lapor The Straits Times (ST).

Encik Winson Phoon daripada Maybank Securities berkata, pasaran masih menjangka pemotongan kadar faedah dalam 12 hingga 18 bulan, tetapi ia mungkin ditangguhkan jika inflasi meningkat.

Bank pusat Amerika mengurangkan kadar faedah sebanyak suku mata peratusan dalam mesyuarat pada 8 November.

Pasaran menjangka satu lagi pemotongan suku mata peratusan pada 18 Disember, iaitu pada mesyuarat terakhir pada 2024, untuk menjadikan kadar faedah Amerika antara 4.25 peratus dengan 4.5 peratus. 

Selepas itu, prospek kadar faedah bergantung pada data ekonomi dan dasar Encik Trump, kata Encik Phoon.

Kadar dana Lembaga Simpanan Federal (Fed) kini 2.9 peratus, adalah kadar sasaran jangka panjang bagi kestabilan harga dan pekerjaan penuh.  

Dasar kewangan Singapura memberi fokus kepada kadar pertukaran asing, dengan kadar faedah ditentukan oleh kadar global dan jangkaan pasaran terhadap dolar Singapura.

Walaupun kadar di Amerika boleh meningkatkan kadar di sini, Encik Baey percaya kadar pinjaman rumah tetap akan turun di bawah 2 peratus dalam 12 hingga 18 bulan.  

Beliau menambah bahawa Purata Kadar Semalaman Singapura (Sora),  yang digunakan sebagai penanda aras untuk menetapkan harga pinjaman kadar terapung, akan turun 1.5 mata peratusan kepada 2 peratus menjelang akhir 2025.

Kadar faedah akan turun lebih perlahan kerana tarif import Encik Trump boleh mencetuskan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi global, kata Encik Baey.  

Bank pusat perlu mengekalkan kadar faedah rendah untuk menyokong ekonomi mereka.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), berkata pada 11 November bahawa kadar faedah domestik dijangka turun bersama-sama kadar faedah global.

Tiga bank tempatan – DBS, OCBC dan UOB – kekal dengan kadar pinjaman rumah mereka buat masa ini.  

Sebarang penurunan kadar pinjaman rumah akan disambut baik oleh peminjam gadai janji sedia ada.

Laporan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) terbaru menunjukkan 80 peratus pemilik rumah bawah 50 tahun yang mengguna CPF bagi pinjaman mereka ada simpanan untuk sekurang-kurangnya enam bulan ansuran.  

Namun, 54 peratus yang berusia 60 tahun ke atas (22,140 orang) hanya mempunyai simpanan untuk kurang enam bulan pembayaran.

Pemilik rumah HDB berusia lebih 65 tahun boleh menjual sebahagian tempoh pajakan flat mereka melalui Skim Beli Balik Pajakan.  

Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan (RA) CPF, dan bakinya akan diberi kepada pemilik rumah.

Ini memberi pemilik rumah pendapatan semasa persaraan dan membolehkan mereka terus tinggal di flat mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg