Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kajian: S’pura antara hab global teratas bakat teknologi, pelaburan

Jun 9, 2025 | 2:42 PM
Singapura disenaraikan mempunyai ekosistem teknologi yang kukuh, kumpulan bakat yang luas dan persekitaran perniagaan yang menarik bakat dan pelaburan global.
Singapura disenaraikan mempunyai ekosistem teknologi yang kukuh, kumpulan bakat yang luas dan persekitaran perniagaan yang menarik bakat dan pelaburan global. - Foto ST

Singapura disenaraikan sebagai salah satu daripada 12 kuasa besar teknologi global, dengan kedudukan strategik untuk menarik modal dan bakat yang diperlukan bagi membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang maju, sekali gus mengekalkan kedudukannya dalam kelompok negara elit.

Singapura diiktirafkan kerana memiliki ekosistem teknologi yang kukuh, kumpulan bakat yang luas, serta persekitaran perniagaan yang menarik minat pelabur dan tenaga kerja antarabangsa, walaupun merupakan negara terkecil dalam kalangan lima hab teknologi Asia Pasifik yang tersenarai dalam Global Tech Talent Guidebook 2025.

Namun, Singapura turut disenaraikan sebagai antara bandar yang termahal untuk mengendalikan perniagaan teknologi, menduduki tangga ke-24 daripada 115 pasaran dari segi gaji jurutera sofwe, selain mempunyai kadar sewa pejabat kedua tertinggi di dunia selepas Paris.

Beijing, Shanghai, Bengaluru, Tokyo, San Francisco, New York, Seattle, Boston, Toronto, Paris dan London turut melengkapkan senarai 12 kuasa besar teknologi global dalam laporan yang diterbitkan oleh firma perkhidmatan hartanah CBRE.

Dengan 45 peratus daripada 4.3 juta penduduk dalam golongan usia bekerja memiliki sekurang-kurangnya ijazah, Singapura hanya berada di belakang Ireland dan Switzerland dari segi tahap pendidikan.

Ketua Industri dan Penyelesaian Serantau di Mercer Asia, Encik Ravi Nippani, berkata penemuan CBRE sejajar dengan dapatan kaji selidik Mercer yang diterbitkan pada Mac lalu, yang meletakkan Singapura di tempat ketiga di Asia, selepas China dan India, berdasarkan bilangan pekerjaan dalam sektor teknologi.

“Ekosistem teknologi di Singapura cukup matang dan dinamik, ia merangkumi pelbagai jenis peranan termasuk jawatan utama serta jawatan sokongan,” katanya.

“Jika dibandingkan dengan saiz tenaga kerja di China dan India, Singapura menunjukkan prestasi yang setara, malah layak digelar kuasa besar teknologi.”

Secara keseluruhan, rantau Asia Pasifik menjadi tuan rumah kepada kumpulan bakat teknologi terbesar di dunia, dengan bandar seperti Beijing, Shanghai, Shenzhen, Bengaluru, Delhi, Hyderabad, Mumbai dan Tokyo masing-masing memiliki lebih 500,000 karyawan dalam sektor ini.

Kos tenaga kerja dikenal pasti sebagai komponen perbelanjaan terbesar bagi syarikat teknologi, dengan pembangunan sofwe di San Francisco dan New York merekodkan gaji asas tahunan tertinggi, sebanyak AS$177,273 ($228,600) dan AS$158,387.

Di Singapura, jurutera sofwe memperoleh purata gaji asas tahunan sebanyak AS$111,000.

Namun, kadar sewa yang tinggi menyebabkan lebih 29 peratus jumlah tersebut dibelanjakan untuk perumahan.

Ketua teknologi dan telekomunikasi di firma pencarian eksekutif Ethos BeathChapman, Encik Jonathan Lasenby, berkata laporan itu paparkan dua isyarat berkaitan kos Singapura yang berada di kedudukan kedua tertinggi di dunia untuk sewa pejabat, dan ketujuh untuk sewa pangsapuri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg