Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keppel meterai janji dengan pembekal hidrogen cecair dari Australia

Ia akan sedia sumber tenaga karbon rendah yang boleh dipercayai untuk jana kuasa pusat data Keppel di S’pura
Oct 21, 2024 | 5:01 PM
Bekalan hidrogen cecair untuk menjana kuasa kemudahan Pusat Data Keppel dijangka dapat mengurangkan jejak karbon yang dihasilkannya.
Bekalan hidrogen cecair untuk menjana kuasa kemudahan Pusat Data Keppel dijangka dapat mengurangkan jejak karbon yang dihasilkannya. - Foto ST

Keppel telah menandatangani dokumen perjanjian pembekalan bersyarat dengan Woodside Energy, pemaju minyak dan gas terbesar di Australia, untuk pembekalan dan pembelian hidrogen cecair, atau liquid hydrogen, bagi menjana kuasa pusat data Keppel di Singapura.

Keppel berhasrat bekalan hidrogen cecair itu dapat membentuk sebahagian daripada kumpulan kuasa rendah karbon berskala utiliti jangka panjang yang lebih besar, yang sedang dibina oleh Keppel untuk menjana kuasa asetnya.

Dokumen ini ditandatangani berikutan pemeteraian perjanjian tidak mengikat antara kedua-dua pihak pada April 2023 untuk menilai potensi bekalan hidrogen cecair ke Singapura, lapor The Straits Times.

Perjanjian mereka menetapkan prinsip komersial yang berpotensi membuka jalan kepada perjanjian pembekalan mengikat bagi pembekalan hidrogen cecair seawal 2030, umum Keppel pada 21 Oktober.

Sumber hidrogen cecair itu akan datang dari kemudahan pengeluaran yang dicadangkan oleh Woodside seperti H2Perth, kemudahannya yang berpangkalan di Perth, Australia Barat.

Ketua eksekutif Pusat Data Keppel, Encik Wong Wai Meng, berkata perjanjian dengan Woodside mempunyai “keupayaan untuk menyediakan sumber tenaga karbon rendah yang boleh dipercayai dan stabil untuk menjana kuasa aset kami di Singapura”.

Namun, perjanjian ini masih terikat dengan beberapa syarat, termasuk perundingan dan pelaksanaan perjanjian jual beli yang lengkap, serta mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan.

Bekalan hidrogen cecair ini dijangka dapat mengurangkan jejak karbon yang dihasilkan oleh kemudahan Pusat Data Keppel. Bekalan ini akan digunakan untuk menyejukkan pusat data.

Saham Keppel yang didagangkan naik 0.5 peratus, atau $0.3, pada harga $6.50 pada 10.58 pagi, 21 Oktober.  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg