Topic followed successfully
Go to BHkuKeppel mula prosiding timbang tara berhubung projek usaha sama di Vietnam
Keppel mula prosiding timbang tara berhubung projek usaha sama di Vietnam
Apr 27, 2026 | 1:37 PM
Keppel mula prosiding timbang tara berhubung projek usaha sama di Vietnam
Keppel menegaskan tindakan undang-undang itu diambil bagi melindungi kepentingan syarikat dan akan menuntut hak mereka dengan bersungguh-sungguh. - Foto fail
Keppel telah memulakan prosiding timbang tara terhadap tiga entiti yang menjadi rakan pelaburannya sejak 2016, melibatkan sebuah projek pembangunan kediaman dan pelbagai guna di Vietnam.
Anak syarikat milik Keppel, Corredance, menuntut pengisytiharan rasmi bahawa ketiga-tiga entiti tersebut bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bayaran tambahan kegunaan tanah berjumlah 6.9 trilion dong (sekitar $330 juta) yang dikenakan oleh pihak berkuasa Vietnam terhadap Empire City.
Laporan berkaitan
Keppel umum Piyush Gupta sebagai pengerusi baru Feb 5, 2026 | 3:25 PM
Keppel kendali sistem penyejukan bagi 9 lagi projek BTO di TengahApr 16, 2026 | 3:44 PM

