Keppel umum Piyush Gupta sebagai pengerusi baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keppel umum Piyush Gupta sebagai pengerusi baru

Beliau ganti Danny Teoh mulai 17 Apr; syarikat usul dividen khas dipacu kemajuan kukuh
Feb 5, 2026 | 3:25 PM

Keppel umum Piyush Gupta sebagai pengerusi baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Piyush Gupta, Keppel, Danny Teoh
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS dan Pengerusi Temasek India, Encik Piyush Gupta (kiri), bakal menggantikan Encik Danny Teoh (kanan) sebagai pengerusi Keppel mulai 17 April. - Foto KEPPEL LTD

Ketika mengeluarkan keputusan kewangannya, Keppel pada 5 Februari turut mengumumkan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS dan Pengerusi Temasek India, Encik Piyush Gupta, akan dilantik sebagai pengerusi syarikat tersebut mulai 17 April.

Encik Gupta bakal menggantikan Encik Danny Teoh, 70 tahun, yang akan bersara selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat pada 17 April.

Keppel turut mengusulkan dividen khas sebanyak 13 sen sesaham, sejajar dengan kemajuan kukuh kumpulan itu dalam pengewangan aset.

Dividen khas itu merangkumi dua sen tunai bagi setiap saham dan satu unit Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) Keppel bagi setiap sembilan saham dalam syarikat, bersamaan sekitar 11 sen sesaham.

Kadar tersebut berdasarkan harga penutupan pasaran Reit Keppel sebanyak 98 sen pada Februari.

Usulan itu adalah tambahan kepada dividen tunai interim sebanyak 19 sen sesaham, yang akan dibayar pada 8 Mei.

Keppel juga telah membuat pembayaran dividen tunai interim sebanyak 15 sen sesaham pada Ogos 2025.

Secara keseluruhan, Keppel akan membayar dividen sebanyak 47 sen sesaham bagi tahun kewangan 2025, meningkat 38 peratus berbanding tahun kewangan 2024.

Kumpulan itu pada 5 Februari mencatat kenaikan 27.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada $645.4 juta bagi separuh kedua tahun kewangan yang berakhir pada Disember 2025.

Ia meningkat daripada $507.5 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Menyusuli pengumuman tersebut, harga saham Keppel naik 44 sen, atau 4.02 peratus, kepada $11.39 pada sekitar 12 tengah hari, 5 Februari.

Keppel mencatat keuntungan daripada operasi berterusan sebanyak $646.4 juta bagi separuh kedua 2025, meningkat 22.5 peratus berbanding $527.9 juta pada separuh kedua 2024.

Bagi keseluruhan tahun, keuntungan bersih – tidak termasuk portfolio bukan teras dan operasi dihentikan – meningkat 39 peratus kepada $1.1 bilion, berbanding $793 juta bagi tahun kewangan 2024.

Menurut Keppel, prestasi tahun kewangan 2025 disokong oleh peningkatan keuntungan di ketiga-tiga segmen perniagaannya, iaitu prasarana, hartanah dan keterhubungan.

Daripada ketiga-tiga segmen itu, segmen prasarana mencatatkan keuntungan terbesar.

Ia dipacu prestasi mantap dalam perniagaan kuasa bersepadu serta pertumbuhan kukuh daripada penyelesaian penyahkarbonan dan kemampanan.

Keppel mencatat keuntungan daripada operasi berterusan sebanyak $3.3 bilion bagi separuh kedua 2025, meningkat 11.8 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Bagi keseluruhan 2025, pendapatan Keppel naik 3.4 peratus kepada hampir $6 bilion.

Sementara itu, CEO dan Pengarah Eksekutif Keppel, Encik Loh Chin Hua, mengulas mengenai pelantikan Encik Gupta dalam satu kenyataan berasingan:

“Sejak menyertai lembaga pada Julai 2025, Encik Gupta telah memberi nasihat berharga dalam memperhalusi dan melaksanakan strategi Keppel.

“Lembaga dan pihak pengurusan menantikan kepimpinan dan bimbingan Encik Gupta dalam kami mempercepat proses transformasi Keppel.”

Encik Gupta, 66 tahun, dilantik sebagai timbalan pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif Keppel pada Julai 2025.

Beliau kini juga merupakan ahli jawatankuasa pencalonan, pengimbuhan, serta kemampanan dan keselamatan lembaga Keppel, dan akan terus berkhidmat dalam jawatankuasa berkenaan.

Encik Gupta pernah memegang jawatan CEO DBS selama 15 tahun, dari 2009 hingga Mac 2025, ketika harga saham bank meningkat hampir 270 peratus, hasil daripada kepimpinannya dalam transformasi digital dan pelaksanaan perubahan struktur bank.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg