Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama Capbridge, Singlife tawar insurans kepada SME, pelabur

Aug 15, 2025 | 4:15 PM
Encik Varun Mittal, Dr Janet Liu
Ketua Inovasi dan Ekosistem Singlife, Encik Varun Mittal, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CapBridge, Dr Janet Liu, menjalin kerjasama yang memperluaskan rangkaian produk CapBridge, dan juga memperdalam penglibatan Singlife dengan syarikat kecil dan sederhana (SME). - Foto SINGLIFE

Wakil penasihat kewangan (FAR) yang dilantik penyedia huraian pelaburan digital, CapBridge, kini boleh menawarkan pelanggan mereka akses kepada rangkaian produk insurans hayat dan kesihatan Singlife, yang menyediakan pulangan berdaya saing dan perlindungan fleksibel.

Huraian itu diperkenal berdasarkan penilaian menyeluruh berasaskan keperluan selaras dengan garis panduan kawal selia, untuk melengkapi keseluruhan strategi kewangan pelanggan CapBridge.

Menurut kenyataan oleh CapBridge dan syarikat perkhidmatan kewangan tempatan, Singlife, pada 15 Ogos, Ini dapat dicapai melalui kerjasama CapBridge dengan Singlife.

Ia menandakan kemasukan CapBridge dalam pengedaran insurans, dengan Singlife menjadi penanggung insurans pertama yang menyertai wadah tersebut.

“Kerjasama dengan Singlife ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan CapBridge untuk menjadi wadah sehenti bagi perkhidmatan kewangan yang menyeluruh.

“Dengan permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami, terutama syarikat kecil dan sederhana (SME), bagi perlindungan yang mudah diakses dan perancangan jangka panjang, kami berbangga dapat menawarkan huraian insurans dipercayai daripada Singlife.

“Ini di samping pelbagai produk pelaburan kami seperti dana pasaran wang, dana aset digital, bon bertaraf institusi, saham dan Dana Dagangan Bursa (ETF),” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CapBridge, Dr Janet Liu.

Pengumuman tersebut menyusuli perluasan CapBridge baru-baru ini ke bidang nasihat insurans melalui kegiatan Penasihat Kewangan Dikecuali (EFA), di bawah lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMS), meluaskan rangkaian tawaran kewangannya untuk merangkumi produk insurans.

Kerjasama tersebut sejajar dengan strategi Singlife untuk menjadikan insurans mudah diakses dan memperkukuh penglibatan Singlife dengan SME, berasaskan inisiatif SME Connect yang menawarkan perlindungan relevan untuk pemilik perniagaan kecil dan pekerja mereka.

Sementara itu, Ketua Inovasi dan Ekosistem Singlife, Encik Varun Mittal, menambah bahawa kerjasama dengan CapBridge memenuhi keperluan pelabur dan pelanggan SME.

“Platform pelaburan bersepadu CapBridge yang dipercayai sejajar dengan huraian insurans menyeluruh generasi Singlife seterusnya.

“Bersama-sama, kami menawarkan pelabur kededua keselamatan kewangan dan keupayaan mencipta kekayaan jangka panjang, di mana perniagaan dan pelabur sedang mengurus pertumbuhan mereka,” kata Encik Varun.

Sebagai pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, CapBridge dikawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk menawarkan dana peringkat teratas, dana aset digital, saham, bon, ekuiti dan produk insurans.

Ia juga anggota Kumpulan Fomo, wadah pelaburan digital berpangkalan di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg