Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama Singlife, Fullerton Fund tawar penyelesaian kewangan lebih luas

Oct 2, 2025 | 4:01 PM
Singapura, Singlife, Fullerton, insurans
(Dari kiri) Ketua kumpulan produk Singlife, Cik Helen Shen; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grow with Singlife, Encik Farooq Lone; CEO Fullerton Fund Management, Cik Jenny Sofian; dan Ketua Pegawai Pelaburan Fullerton Fund Management, Encik Ken Goh, di majlis penandatanganan kerjasama antara Singlife dengan Fullerton pada 1 Oktober. - Foto SINGLIFE

Syarikat insurans tempatan, Singlife, telah memeterai perjanjian dengan Fullerton Fund Management yang disokong Temasek, bagi menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan yang lebih luas.

Ia merangkumi insurans hingga pelaburan, serta menampung kekurangan simpanan persaraan bagi rakyat Singapura.

Penyedia insurans eksklusif bagi Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Skim Insurans Kumpulan Pegawai Awam itu juga sedang meneroka cara memanfaatkan kepakaran pengurusan aset Fullerton bagi memberi pulangan lebih baik kepada pemegang polisi.

Ketua kumpulan produk Singlife, Cik Helen Shen, berkata insurans dan pelaburan merupakan tiang utama dalam perancangan kewangan.

“Dengan penuaan penduduk Singapura, kami perlu membantu rakyat Singapura untuk membuat persediaan bagi menjalani kehidupan dengan baik apabila mereka menua.

“Bersedia dari segi kewangan dan memiliki daya tahan kewangan adalah kunci,” kata Cik Shen pada 1 Oktober.

Kerjasama dengan Fullerton itu mengukuhkan keupayaan Singlife untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam bidang insurans dan pelaburan.

Ia juga akan memberi Singlife akses lebih baik kepada rangkaian produk pelaburan, kepakaran pasaran, serta inovasi Fullerton.

Singlife merupakan salah satu daripada tiga penyedia insurans penjagaan jangka panjang yang diluluskan pemerintah.

Penyedia insurans itu dibentuk pada Januari 2022, hasil penggabungan Aviva Singapore dan Singlife, yang asalnya sebuah syarikat teknologi insurans (insurtech).

Kini, ia merupakan anak syarikat Sumitomo Life, yang memperoleh Singlife pada 2024.

Setakat 31 Disember 2024, Singlife mempunyai aset melebihi $16 bilion, lapor The Straits Times (ST).

Kerjasama itu akan menawarkan penyelesaian Fullerton kepada para pelanggan dan penasihat kewangannya merentas pelan insurans berkaitan pelaburan, wadah pelaburan ‘Grow with Singlife’, serta dollarDEX, wadah pelaburan unit amanah terus kepada pengguna.

Fullerton juga akan menyediakan kepakaran dan pandangan pasaran, serta peluang penglibatan untuk para penasihat dan pelanggan.

Sementara itu, Fullerton akan memanfaatkan rangkaian pengedaran Singlife sedia ada yang kukuh, bagi memperluas akses kepada penyelesaian pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton, Cik Jenny Sofian, berkata kerjasama itu menyediakan penyelesaian terpilih bermutu tinggi dan memperluas akses rakyat kepada peluang yang memperkasa mereka ke arah kebebasan kewangan.

Platform pelaburan Singlife, Grow, akan memainkan peranan utama dalam kerjasama itu, dengan berfungsi sebagai wadah kekayaan utama bagi penyelesaian pelaburan inovatif Fullerton.

Sejak 2022, ‘Grow with Singlife’ telah bekerjasama dengan Fullerton untuk melancarkan beberapa produk, termasuk ‘Fullerton SGD Cash Fund Class C’ pada 2023; ‘Fullerton Lux Funds – Global Absolute Alpha Class A (SGD)’ pada 2024; dan ‘Fullerton Lux Funds – China Equities Class A (SGD)’ pada Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg