Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ketahanan dolar S’pura diuji apabila eksport mula kendur: Penganalisis

Oct 09, 2023 | 02:52 PM



Dolar Singapura bertahan dengan agak baik berbanding dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh pada 2023, tetapi daya tahannya mungkin akan diuji tidak lama lagi.

Walaupun selepas kemerosotan 2 peratus sejak akhir Disember lalu, mata wang Singapura kekal di tempat atas di kalangan mata wang di Asia.\

Namun kedudukan dalam ranking itu boleh jatuh apabila ekonomi Singapura hilang daya tarikan dan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat yang lebih selamat di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan.

Penganalisis di Bank Standard Chartered, Bank OCBC dan Bank Swedish Skandinaviska Enskilda Banken (SEB) menjangka dolar Singapura akan berprestasi rendah di kalangan mata wang Asia lain pada bulan-bulan akan datang.

“Kami melihat skop terhad untuk prestasi lebih tinggi bagi dolar Singapura, memandangkan latar belakang luaran yang lemah,” kata pakar strategi makro di StanChart, Encik Nicholas Chia.

Beliau menganggarkan bahawa kadar pertukaran efektif nominal atau S$Neer iaitu nilai mata wang dolar Singapura berbanding nilai purata beberapa mata wang asing, akan berdagang di bahagian atas jalur dasar, mengehadkan ruang untuk peningkatan ketara berbanding mata wang rakan dagangan utama.

Eksport bukan minyak Singapura susut buat bulan ke-11 pada Ogos, menandakan permintaan global yang semakin merosot akan menjadi cabaran bagi dolar setempat memandangkan ekonomi yang bergantung pada perdagangan.

Singapura telah mengurangkan unjuran pertumbuhan bagi 2023 dan data pertumbuhan ekonomi suku ketiga yang akan dikeluarkan minggu ini mungkin menunjukkan kadar pengembangan yang agak perlahan.

Satu perkara yang telah memihak kepada mata wang Singapura pada 2023 adalah pendirian Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Ia telah membiarkan mata wang Singapura meningkat berbanding sekumpulan rakan kongsi dagangan utamanya untuk menyejukkan inflasi. Tumpuan kini beralih kepada pengumuman dasar yang dijadualkan pada 13 Oktober.

“Latar belakang eksport yang mencabar besar kemungkinan akan terus menjejas Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) suku ketiga di Singapura,” kata pakar ekonomi Bank Barclays, Encik Brian Tan. Namun, beliau tidak melihat kecondongan daripada bank pusat kerana “kebimbangan inflasi”.

Tidak seperti bank pusat lain yang menggunakan kadar faedah, MAS menangani inflasi dengan menetapkan dolar tempatan yang lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang rakan dagangan utamanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >