Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keuntungan suku kedua UOB jatuh 6% kepada $1.34b

Dividen sementara sebanyak 85 sen sesaham diumumkan
Aug 7, 2025 | 3:53 PM
UOB, keuntungan, rugi, suku kedua
Keuntungan bersih bagi tiga bulan yang berakhir 30 Jun 2025 adalah $1.34 bilion, berbanding $1.43 bilion pada 2024. - Foto fail

Keuntungan bersih UOB untuk suku kedua jatuh apabila pendapatan faedah bersih merosot disebabkan oleh margin lebih rendah.

Keuntungan bersih untuk tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun 2025 adalah $1.34 bilion, berbanding $1.43 bilion pada tempoh yang sama pada 2024, kata UOB pada 7 Ogos.

Keputusan tersebut tidak mencapai jangkaan konsensus $1.48 bilion dalam tinjauan Bloomberg yang melibatkan enam penganalisis, lapor The Business Times (BT).

Bank itu mengumumkan dividen sementara sebanyak $0.85 sesaham untuk separuh tahun yang berakhir pada 30 Jun, berkurangan daripada $0.88 pada 2024.

Bahagian kedua daripada dividen khas $0.50 sesaham UOB juga akan dibayar kepada pemegang saham.

Pendapatan faedah bersih untuk suku tersebut turun 3 peratus kepada $2.34 bilion, kerana margin faedah bersih menurun sebanyak 14 mata asas kepada 1.91 peratus, berbanding 2.05 peratus pada 2024.

Pendapatan bukan faedah meningkat 5 peratus kepada $1.13 bilion.

Ia disokong oleh pertumbuhan meluas dalam pengurusan kekayaan, perkhidmatan pinjaman dan yuran kad kredit, bersama dengan pendapatan daripada jualan produk kewangan pelanggan yang lebih tinggi dan prestasi dagangan serta pengurusan kecairan lebih baik.

Kadar pinjaman tidak berbayar bank itu adalah 1.6 peratus, berbanding 1.5 peratus pada 2024.

Jumlah peruntukan meningkat 20 peratus kepada $279 juta.

Bagi separuh tahun pertama, keuntungan bersih jatuh 3 peratus berbanding 2024 kepada $2.83 bilion.

Jumlah pendapatan untuk tempoh tersebut meningkat 2 peratus kepada $7.12 bilion, berbanding $7 bilion.

Saham UOB ditutup lebih tinggi sebanyak 0.2 peratus atau $0.08 kepada $36.45 pada 6 Ogos, sebelum pengumuman itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg