Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan suku ketiga Sats lonjak 41.9%

Hasil lebih tinggi khidmat huraian makanan dan pintu laluan syarikat itu serta jumlah kargo diraih anak syarikatnya, Worldwide Flight Services
Feb 29, 2024 | 04:24 PM



Pendapatan suku ketiga Sats, pengendali darat utama di Lapangan Terbang Changi, melonjak disebabkan hasil lebih tinggi bagi perkhidmatan huraian makanan dan pintu laluan syarikat itu, di samping jumlah kargo kukuh yang diraih anak syarikatnya, Worldwide Flight Services (WFS).

Syarikat khidmat penerbangan dan makanan yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX) itu meraih keuntungan bersih bagi suku Oktober hingga Disember 2023, yang melonjak 41.9 peratus kepada $31.5 juta, berbanding $22.2 juta pada suku sebelumnya.

Pendapatan dan keuntungan syarikat itu bertambah baik secara ketara, dengan pendapatan naik 6.5 peratus kepada $1.4 bilion pada suku tersebut, berbanding suku sebelumnya, lapor The Straits Times (ST).


Perkhidmatan pintu laluan Sats termasuk khidmat penumpang, pengendalian bagasi dan kargo, keselamatan penerbangan, dan kerja pembersihan kabin pesawat.

Menurut Sats, jumlah penerbangan yang dikendalikan, dan makanan dalam pesawat yang disajikan pada akhir Disember, masing-masing kembali kepada 86 peratus dan 97 peratus daripada paras sebelum pandemik Covid-19, tidak termasuk perkhidmatan WFS.

Dalam pada itu, jumlah kargo kini mencapai 99 peratus daripada paras sebelum Covid-19, menyusuli permintaan perjalanan dan permintaan bermusim yang kian meningkat.

Keuntungan operasi Sats bagi suku ketiga 2023 melonjak 31 peratus kepada $85.8 juta daripada suku sebelumnya, disebabkan kecekapan dan operasi lebih baik, hasil campuran perniagaan yang lebih seimbang antara makanan dalam pesawat dengan kargo udara.

Bagi tempoh sembilan bulan hingga akhir Disember 2023, Sats menikmati pendapatan $23.7 juta, membalikkan kerugian $32 juta yang dialami bagi tempoh sama pada 2022.

Pendapatan bagi sembilan bulan sama, naik tiga kali kepada $3.85 bilion daripada $1.28 bilion bagi tempoh sama pada 2022.

Pendapatan daripada huraian makanan Sats pula meningkat 27.6 peratus kepada $810.6 juta bagi sembilan bulan sama, berbanding tempoh sama pada 2022, manakala pendapatan khidmat pintu gerbang meningkat 28 peratus kepada $824.7 juta.

Prestasi keseluruhan Sats yang bertambah baik, pada umumnya didorong oleh penyepaduan operasi dengan pengendali kargo udara WFS, yang diperoleh Sats pada April 2023 pada harga $1.8 bilion.

Pendapatan WFS bagi sembilan bulan pertama 2023 ialah $2.2 bilion. Tidak termasuk WFS, hasil Sats meningkat 27.8 peratus kepada $1.6 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sats, Encik Kerry Mok, berkata dalam satu kenyataan: “Pada suku tersebut, operasi perniagaan kami terus bertambah baik dari segi keuntungan, didorong oleh pemulihan perjalanan dan permintaan bermusim yang kukuh.

“Kumpulan ini terus meraih manfaat daripada sinergi operasi dan kelebihan komersial baru daripada rangkaian lebih luas, serta kedudukan lebih kukuh kami di peringkat sedunia.

“Usaha pembiayaan semula kami juga membuahkan hasil, dan meraih penjimatan wang yang ketara setakat ini.”

Sats, yang mengawal lebih 80 peratus operasi darat di Lapangan Terbang Changi, menikmati operasi perniagaan yang bertambah baik sejak enam bulan lalu.

Walaupun pemulihan perjalanan udara di Asia masih ketinggalan, Sats yakin ia bakal pulih pada separuh kedua 2024, dan terus memberi tumpuan kepada usaha mengawal kos, memanfaatkan sinergi operasi, memenangi kontrak baru, dan memperkukuh kedudukan kewangannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >