Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat MRT Laluan Circle pulih selepas tren rosak pada waktu sibuk

May 20, 2025 | 5:46 PM
MRT Serangoon, MRT Caldecott
Orang ramai dilihat di stesen MRT Serangoon (gambar kiri) dan stesen MRT Caldecott semasa gangguan perkhidmatan kereta api pada 20 Mei. - Foto ST

Perkhidmatan kereta api disambung semula sepenuhnya selepas satu kerosakan kereta api antara stesen Paya Lebar dengan Buona Vista di Laluan Circle (CCL) menyebabkan kelengahan pada waktu sibuk pada pagi 20 Mei.

Dalam satu hantaran di wadah media sosial X sekitar 8.30 pagi, SMRT menasihatkan penumpang supaya menjangkakan tambahan 30 minit dalam masa perjalanan pagi mereka.

Sekitar 10 minit kemudian, SMRT menyatakan dalam satu kemas kini bahawa kerosakan kereta api tersebut telah dibaiki dan perkhidmatan telah disambung semula secara bertahap-tahap.

Tidak lama kemudian, ia memaklumkan perkhidmatan sudah disambung semula sepenuhnya dan khidmat bas percuma dihentikan, lapor The Straits Times.

Menurut SMRT, kerosakan kereta api tersebut berlaku antara stesen Botanic Gardens dengan Farrer Road di CCL sekitar 8.15 pagi, dan perkhidmatan disambung semula secara bertahap-tahap mulai 8.44 pagi.

“Kakitangan kami segera bertindak untuk menghuraikan (masalah) kerosakan tersebut.

“Pengumuman telah dibuat di stesen (bagi) memaklumkan para penumpang supaya menjangkakan tambahan 30 minit masa perjalanan mereka,” kata SMRT, sambil menambah kakitangannya juga berada di lokasi untuk membantu penumpang.

Khidmat bas percuma turut disediakan antara stesen Serangoon dengan Buona Vista di beberapa perhentian bas yang ditetapkan.

“Kami mohon maaf kerana perjalanan anda terjejas pada waktu sibuk (sebelah) pagi dan berterima kasih atas kefahaman anda,” kata syarikat pengendali pengangkutan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg