Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kos tinggi, kurang kemahiran cabaran perniagaan S’pura manfaat teknologi

Sep 26, 2024 | 5:12 PM
Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Kok Ping Soon (kiri), dan pengerusi Jawatankuasa Tindakan Teknologi Pintar (STAC), Encik Wong Wai Meng (kanan), berkongsi hasil Tinjauan Perniagaan Nasional (NBS) 2024 edisi perniagaan bijak pada 26 September kepada pihak media di Pusat SBF.
Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Kok Ping Soon (kiri), dan pengerusi Jawatankuasa Tindakan Teknologi Pintar (STAC), Encik Wong Wai Meng (kanan), berkongsi hasil Tinjauan Perniagaan Nasional (NBS) 2024 edisi perniagaan bijak pada 26 September kepada pihak media di Pusat SBF. - Foto SBF

Walaupun 94 peratus daripada perniagaan Singapura mengiktiraf kepentingan pendigitalan dan memperuntuk 11 peratus bajet mereka untuk menggunakan penyelesaian digital, kos yang tinggi, kekurangan kakitangan mahir dan keupayaan menjadi cabaran utama kepada penggunaan teknologi.

Dapatan Tinjauan Perniagaan Nasional (NBS) 2024 edisi perniagaan bijak oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang dikeluarkan pada 26 September itu turut menunjukkan bahawa 67 peratus daripada 529 syarikat yang ditinjau berkata pendigitalan membantu mengoptimumkan operasi, manakala 58 peratus berkata ia membantu mengurangkan kos operasi.

Tinjauan itu, yang dijalankan dari 23 Mei hingga 5 Julai, menerima maklum balas daripada lebih 529 syarikat merentas semua industri, 82 peratus daripadanya adalah perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan baki 18 peratus syarikat besar.

Berbanding hasil tinjauan pada 2023, yang mendapati 64 peratus syarikat mendapati isu kos tinggi sebagai cabaran dalam memanfaatkan teknologi baru, ia telah meningkat kepada 73 peratus pada 2024.

“Tinjauan ini menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber dalam kalangan perniagaan, tetapi mereka hadapi cabaran kos tinggi untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan menerima pakai teknologi baru ini,” jelas ketua pegawai eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Kok Ping Soon.

Dalam pada itu, perniagaan Singapura mengalu-alukan inisiatif pemerintah, namun untuk membantu syarikat menggunakan teknologi dengan lebih baik untuk meningkatkan daya saing, SBF telah membentuk Jawatankuasa Tindakan Teknologi Pintar (STAC) bersama persatuan perdagangan untuk industri teknologi Singapura, SGTech, yang akan berlangsung sehingga 31 Mei 2026.

Berdasarkan hasil tinjauan, Geran Meningkatkan Daya Penghasilan (PSG), Geran Pembangunan Perusahaan (EDG), dan inisiatif Mulakan Digital adalah inisiatif pendigitalan sedia ada utama yang banyak digunakan perniagaan dalam menyokong mereka mendakap transformasi digital.

Selain itu, 47 peratus SME mendapati bayaran pelesenan yang mahal untuk Harta Intelek (IP) sebagai penghalang, meningkat daripada 32 peratus pada 2023.

Sebanyak 57 peratus syarikat besar pula mendapati kesukaran meningkatkan kemahiran pekerja gunakan teknologi baru, meningkat daripada 35 peratus pada 2023.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, 70 peratus perniagaan yang ditinjau meletakkan kedudukan teknologi baru seperti AI sebagai trend utama yang mungkin memberi kesan kepada perniagaan mereka dan 68 peratus menyatakan keselamatan siber.

Ini berbanding 60 peratus syarikat besar yang meletakkan pengurangan jejak karbon melalui penggunaan teknologi mampan di kedudukan yang tinggi.

Sistem penstoran awan, pembayaran elektronik dan keselamatan siber adalah tiga pilihan teknologi teratas, dengan lebih 60 peratus mengatakan mereka telah menerima pakai dan akan terus menggunakannya.

STAC, yang dipengerusikan oleh Encik Wong Wai Meng, akan menyelaraskan usaha dan menggabungkan keupayaan daripada dua persatuan dan dewan perdagangan (TAC) untuk memberikan maklum balas tentang keperluan dan cabaran perniagaan dalam pendigitalan, memulakan program baru untuk membantu perniagaan membina keupayaan dalam pendigitalan, dan meningkatkan jangkauan program sedia ada.

“Dengan perkembangan dalam pendigitalan seperti GenAI, projek digital menjadi lebih canggih dan kompleks.

“STAC akan terdiri daripada tiga kumpulan kerja yang memberi tumpuan terutamanya pada menyokong isu berkaitan teknologi memuncul, program skala dan pemaju dengan rakan kongsi, serta mengenal pasti bidang untuk merintis teknologi baru dan memuncul,” kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg