Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laba Sheng Siong naik 12.6% pada suku ketiga

Oct 30, 2024 | 2:51 PM
Keuntungan bersih rangkaian pasar raya Sheng Siong mencatat peningkatan 12.6 peratus daripada $34.7 juta pada 2023 kepada $39.1 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024.
Keuntungan bersih rangkaian pasar raya Sheng Siong mencatat peningkatan 12.6 peratus daripada $34.7 juta pada 2023 kepada $39.1 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024. - Foto ST

Keuntungan bersih rangkaian pasar raya Sheng Siong mencatat peningkatan 12.6 peratus daripada $34.7 juta pada 2023 kepada $39.1 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024.

Hasil pendapatan meningkat 5 peratus tahun ke tahun kepada $363.2 juta, didorong oleh pembukaan lima cawangan baru dalam tempoh yang sama, kata Sheng Siong dalam kemas kini perniagaan pada 29 Oktober.

Jualan di kedai yang sama meningkat 1.5 peratus berbanding 2023, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, berkata walaupun pasaran runcit kekal dalam keadaan suram, syarikat itu berharap akan ada peningkatan pada baki tahun kewangan 2024, lapor The Business Times.

“Pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat mungkin akan menurunkan kadar faedah domestik, yang akan memberikan kelegaan kepada bajet isi rumah dengan kos pinjaman perumahan yang lebih rendah,” tambahnya.

Dengan industri pasar raya Singapura dijangka menghadapi peningkatan perbelanjaan operasi, Encik Lim berkata kumpulan itu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kecekapan teras dan mempelbagaikan rantaian bekalan untuk menghadapi gangguan luar.

“Pada masa yang sama, kami akan terus mengoptimumkan campuran jualan kami dan bekerjasama dengan pembekal yang baik, untuk menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan pada harga yang kompetitif,” tambahnya.

Selaras dengan peningkatan hasil pendapatan, keuntungan kasar pasar raya itu meningkat sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun kepada $113.8 juta pada suku ketiga.

Pendapatan setiap saham berada pada 2.6 sen, iaitu 12.6 peratus lebih tinggi daripada tempoh 2023.

Aliran tunai yang dihasilkan untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September meningkat 7.6 peratus berbanding 2023 kepada $59.1 juta.

Peningkatan ini disokong oleh keuntungan lebih tinggi yang dicatatkan dalam tempoh ini.

Perbelanjaan pentadbiran dan pengedaran kumpulan itu meningkat akibat kos kakitangan dan bonus lebih tinggi, yang diberikan kepada para pekerja berikutan prestasi kewangan kumpulan yang lebih baik.

Saham Sheng Siong ditutup 0.6 peratus lebih tinggi pada $1.58 pada 29 Oktober sebelum kemas kini pendapatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg