Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laba suku kedua DBS naik 1% kepada $2.82b

Umum dividen biasa 60 sen setiap saham, dividen pulangan modal sebanyak 15 sen setiap saham
Aug 7, 2025 | 3:09 PM
DBS, untung
Keuntungan DBS melebihi ramalan konsensus $2.79 bilion dalam tinjauan Bloomberg melibatkan enam penganalisis. - Foto REUTERS

Keuntungan bersih DBS untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2025, meningkat 1 peratus kepada $2.82 bilion, berbanding $2.79 bilion pada suku kedua 2024.

Pendapatan faedah bersih meningkat disebabkan oleh pertumbuhan deposit yang kukuh.

Selain itu, pendapatan daripada yuran dan jualan produk kewangan pelanggan turut mencatat kenaikan ke tahap kedua tertinggi suku tahunan, manakala prestasi dagangan pasaran turut bertambah kukuh, kata bank itu pada 7 Ogos.

Keuntungan tersebut melebihi ramalan konsensus $2.79 bilion dalam tinjauan Bloomberg yang melibatkan enam penganalisis, lapor The Business Times (BT).

Bank itu mengumumkan dividen biasa sebanyak $0.60 setiap saham dan dividen pulangan modal sebanyak $0.15 setiap saham untuk tempoh tersebut.

Ini membawa jumlah pembayaran dividen suku tersebut kepada $0.75 setiap saham, berbanding $0.54 pada 2024.

Pendapatan faedah bersih bagi segmen ini jatuh 4 peratus kepada $3.63 bilion. 

Ini disebabkan oleh penurunan 28 mata asas dalam margin faedah bersih (NIM) kepada 2.55 peratus, akibat pemotongan kadar oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat, serta penurunan Purata Kadar Semalaman Singapura dan Kadar Tawaran Antara Bank Hong Kong.

Namun, ini diatasi dengan pertumbuhan deposit yang kukuh, yang digunakan untuk membiayai pinjaman dan meningkatkan pelaburan dalam aset cair, kata DBS.

Pendapatan yuran dan komisen bersih bagi buku komersial meningkat 11 peratus kepada $1.17 bilion.

Ini disebabkan oleh peningkatan yuran pengurusan kekayaan, manakala yuran perbankan pelaburan meningkat akibat kegiatan pasaran modal hutang dan ekuiti yang lebih tinggi.

Pendapatan bukan faedah lain bagi buku perniagaan meningkat 9 peratus kepada $522 juta, didorong oleh jualan pelanggan produk kewangan yang kukuh kepada pelanggan pengurusan harta dan korporat.

Pendapatan dagangan pasaran meningkat lebih dua kali ganda kepada $418 juta, didorong oleh sumbangan lebih tinggi merentasi pelbagai kegiatan, dengan manfaat daripada kos pembiayaan lebih rendah dan persekitaran dagangan lebih baik.

Secara keseluruhan, NIM kumpulan adalah 2.05 peratus untuk suku tersebut, berbanding 2.14 peratus pada tempoh yang sama pada 2024.

Kadar pinjaman tidak berbayar bank menurun kepada 1 peratus, berbanding 1.1 peratus pada 2024, disebabkan pembentukan aset tidak berbayar yang rendah dan pembayaran balik serta penulisan pinjaman lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Cik Tan Su Shan, berkata: “Walaupun ketidakpastian luaran berterusan, kami yakin dengan peluang yang ada.

“Pengurusan proaktif dan modal kukuh memastikan kami dapat menguruskan kitaran kadar faedah dan terus menyokong pelanggan.”

“Walaupun ketidakpastian luaran berterusan, kami yakin dengan peluang yang ada. Pengurusan proaktif dan modal kukuh memastikan kami dapat menguruskan kitaran kadar faedah dan terus menyokong pelanggan.”
Cik Tan Su Shan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg