Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Langkah Trust Bank perluas jangkauan

Oct 10, 2023 | 06:14 PM



Trust Bank akan melancarkan lebih banyak pinjaman tidak bercagar kepada pelanggan dalam beberapa bulan akan datang sedang bank digital itu berusaha mencapai matlamatnya beroleh keuntungan menjelang 2025.

Institusi itu – yang disokong oleh Bank Standard Chartered dan Kumpulan FairPrice – melancarkan Pinjaman Segera bagi pemegang kad kredit Trust pada Julai. Ia berdasarkan pelanggan yang menukar baki kredit sedia ada mereka kepada wang tunai dengan kadar faedah bermula daripada 3.4 peratus setahun.

Langkah bank digital melancarkan pinjaman merupakan satu titik penting. Pemberi pinjaman umumnya mendapat keuntungan daripada perbezaan antara kadar faedah yang diperoleh daripada pinjaman dan kadar yang dibayar untuk deposit bersama bayaran daripada pelbagai produk.

Namun, pemberi pinjaman digital masih membangunkan deposit mereka – satu sumber dana yang murah bagi bank – dan banyak bergantung pada pemegang saham mereka.

Ketua Eksekutif Trust, Encik Dwaipayan Sadhu, memberitahu The Straits Times (ST) bahawa kos boleh diurus kerana bank sudah mendapat keuntungan daripada depositnya yang dilaburkan dalam bil Perbendaharaan Singapura.


“Walaupun kadar faedah kami menarik, ia sebenarnya lebih rendah daripada beberapa kadar utama yang ditawarkan yang lain... hasilnya kos pembiayaan deposit keseluruhan kami sangat berpatutan,” kata Encik Sadhu.

Rakan seindustri, GXS Bank dan MariBank – dua bank digital Singapura yang lain yang juga berkhidmat kepada pelanggan individu – menawarkan kadar faedah tahunan antara 2.38 peratus dan 2.88 peratus. Pemberi pinjaman sedia ada menawarkan kadar lebih tinggi apabila pelanggan memenuhi kriteria dalam aspek seperti simpanan, perbelanjaan dan pelaburan.

Encik Sadhu berkata Trust menarik pelanggan dengan memudahkan mereka memperoleh kadar faedah akaun simpanan – mereka mendapat sehingga 2.5 peratus setahun bagi simpanan $125,000 pertama mereka – dan keupayaan untuk memantau kadar ini melalui aplikasi bank.

“Kami juga tidak mempunyai sebarang yuran lain... tiang ketiganya ialah ganjaran. Walaupun dengan kad debit, anda boleh mendapat Linkpoints dan mengakses kupon dan kad setem yang kami tawarkan,” katanya, merujuk kepada sistem ganjaran bank yang tertumpu kepada barangan runcit dan makanan FairPrice.


Kos untuk mendapat pelanggan adalah tujuh kali lebih rendah bagi Trust daripada pasaran, kata Encik Sadhu. Beliau memberi faktor seperti rujukan oleh pelanggan sedia ada yang terdiri daripada 70 peratus pelanggan baru dan ketiadaan hadiah-hadiah bernilai tinggi yang selalunya ditawarkan oleh pemain lain.

“Apabila anda mempunyai kos pemerolehan yang rendah, ia membolehkan anda mendapat keuntungan dengan lebih cepat. Ini memberi kami keyakinan terhadap masa depan,” katanya.

Trust bermatlamat menjadi bank runcit keempat terbesar di Singapura berdasarkan bilangan pelanggan menjelang hujung 2024. Ia kini mempunyai lebih 600,000 pelanggan iaitu sekitar 12 peratus daripada penduduk dewasa Singapura.

Baki deposit melebihi $1 bilion pada Mei dengan jumlah itu meningkat dengan kukuh setiap bulan, kata Encik Sadhu.

Pemegang saham Trust telah melabur sejumlah $510 juta dalam bank itu. Ia kini sedang berusaha mengembangkan buku pinjamannya dan pendapatan yuran daripada penyelesaian insurans yang ditawarkan di aplikasi dengan perkongsian bersama Income Insurance.

Sebahagian daripada ini melibatkan penyediaan Pinjaman Segera kepada semua pelanggan kad kredit pada bulan-bulan akan datang, dengan produk serupa dalam perancangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >