Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laporan SkillsFuture ramal 24 kemahiran yang bakal jadi tumpuan

Nov 17, 2023 | 06:06 PM



Permintaan bagi kemahiran dalam sektor digital dan penjagaan dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun mendatang, menurut satu laporan tahunan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Buat pertama kali, Laporan Permintaan Kemahiran bagi Ekonomi Masa Depan memaparkan 24 kemahiran pekerjaan teratas yang dijangka berkembang, berdasarkan model ramalan iaitu, satu teknik yang digunakan untuk meramal hasil pada masa depan.

Ini termasuk kemahiran sektor penjagaan seperti komunikasi berkesan dengan pelanggan, di samping kemahiran ekonomi digital seperti analisis kualitatif dan rekaan perisian.

Menurut laporan The Straits Times (ST), pelbagai kemahiran ini juga amat penting kerana ia boleh dipindah kepada pelbagai sektor dan peranan pekerjaan.


Kemahiran industri 4.0, yang merujuk kepada penggunaan automasi dan penyelesaian pintar untuk memperbaiki proses dalam perkilangan, turut dijelaskan dalam ramalan itu.

Kemahiran sedemikian - daripada penulisan teknikal yang memerlukan usaha menyampaikan maklumat rumit hingga ke memproses reka bentuk kejuruteraan, dijangka mendapat permintaan tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ini merupakan edisi ketiga laporan terbitan SkillsFuture Singapura (SSG), setelah ia mengkaji data penyiaran pekerjaan antara 2012 dengan 2022.

Laporan itu turut memberi warga Singapura maklumat terkini mengenai kemahiran yang terus mempunyai permintaan tinggi sepanjang sedekad lalu, di samping menjelaskan mengenai laluan kerjaya untuk pekerjaan tertentu.

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, melancarkan laporan terbaru itu dalam satu acara di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada 17 November.

Cik Gan berkata orang ramai boleh memanfatkan laporan itu untuk membuat keputusan berdasarkan pengetahuan, dalam usaha merancang perjalanan kemahiran mereka untuk mencapai matlamat kerjaya jangka panjang.

Beliau menambah bahawa peralihan bagi mereka di peringkat pertengahan kerjaya akan menjadi semakin lumrah, dengan ramai pekerja beralih dalam sesuatu sektor, dan juga merentasi pelbagai sektor pekerjaan.

Bagi menyokong peralihan di peringkat pertengahan kerjaya kepada sektor yang mempunyai peluang pengambilan pekerja yang baik, SSG telah bekerjasama dengan penyedia latihan untuk meningkatkan bilangan Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture, kata Cik Gan.

Beliau menambah bahawa sehingga kini, terdapat kira-kira 180 kursus program yang menangani ekonomi penjagaan, digital dan hijau.

SSG buat pertama kali, turut menyediakan data yang digunakan dalam analisisnya, berserta laporan itu secara dalam talian. Ia disediakan untuk mereka yang berminat memperoleh pengetahuan mengenai pekerjaan yang disesuaikan mengikut keperluan individu.

Walaupun landskap pekerjaan pesat berubah, SSG berkata sebilangan kemahiran masih amat relevan sepanjang 10 tahun lalu. Contohnya, komunikasi terus tersenarai sebagai kemahiran paling diingini.

Ini di samping empat kemahiran utama teratas lain, iaitu, pemikiran kreatif, kerjasama, penyelesaian masalah dan pengurusan diri.

Cik Gan turut berkata institut pengajian tinggi di sini telah menggandakan bilangan kursus berkaitan ekonomi hijau yang disokong SSG kepada hampir 500 pada 2023 – naik berbanding sekitar 250 pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >