Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lim Ming Yan kekal Pengerusi SBF

Jul 1, 2024 | 5:30 AM
Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lim Ming Yan, dilantik semula untuk penggal ketiga.
Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lim Ming Yan, dilantik semula untuk penggal ketiga. - Foto ST

Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lim Ming Yan, dipilih semula untuk penggal ketiga dalam mesyuarat agung tahunan badan itu yang ke-22 pada 27 Jun. Enam ahli baru turut dilantik menganggotai majlisnya.

Menurut The Business Times, majlis itu juga mencalonkan Encik Andrew Lim, rakan kongsi di Allen & Gledhill; dan Cik Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Health Management International, untuk dilantik sebagai anggota.

Enam anggota baru itu termasuk tiga wakil daripada persatuan dan dewan perdagangan, Encik Daijiro Eguchi, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun; Cik Elisa Mallis, Pengerusi Dewan Perniagaan Amerika; dan Encik Lennon Tan, Presiden Persekutuan Perkilangan Singapura.

Anggota majlis baru yang lain ialah Encik Sherman Kwek, CEO Kumpulan City Developments; Encik Marcus Lam, Pengerusi Eksekutif PwC Singapore; dan Cik Jenny Lee, rakan kongsi pengurusan kanan di Granite Asia Capital.

Enam lagi anggota, termasuk pengerusi SBF, Encik Lim, akan terus berkhidmat dalam majlis itu untuk satu penggal lagi.

Majlis SBF ke-12 juga melantik tujuh pemegang jawatan.

Antaranya, Encik Andrew Kwan, Pengarah Urusan Kumpulan Commonwealth Capital, menjadi naib pengerusi merangkap setiausaha kehormat; manakala Encik Mark Lee, CEO Sing Lun Industrial, menjadi naib pengerusi merangkap bendahari kehormat.

“Saya berbesar hati mengalu-alukan anggota majlis baru kami yang akan memulakan perjalanan ini bersama kami,” kata Encik Lim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg