Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan penasihat khas MAS, Teo Swee Lian, bakal jadi pengerusi baru SingPost, ganti Simon Israel

Pelantikan akhiri proses pembaharuan lembaga pengarah di tengah transformasi besar penyesuaian landskap khidmat pos, e-dagang, logistik
May 21, 2025 | 4:36 PM
Singapore Post telah melantik pengerusi barunya, Cik Teo Swee Lian, yang bakal menggantikan Encik Simon Israel.
Singapore Post telah melantik pengerusi barunya, Cik Teo Swee Lian, yang bakal menggantikan Encik Simon Israel. - Foto SINGPOST

Singapore Post (SingPost) telah melantik Cik Teo Swee Lian, yang pernah berkhidmat lama di bank pusat Singapura, sebagai pengerusi baru yang bakal menggantikan Encik Simon Israel.

Menurut SingPost pada 21 Mei, beliau akan memegang jawatan tersebut selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) SingPost yang akan datang.

Encik Israel, 72 tahun, akan bersara selepas sembilan tahun menerajui syarikat itu.

Cik Teo juga akan menjadi pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif SingPost.

Beliau juga akan dilantik sebagai anggota tambahan dalam jawatankuasa kewangan dan pelaburan, jawatankuasa pampasan, serta jawatankuasa pencalonan dan tadbir urus korporat, lapor The Straits Times (ST).

“Pelantikan beliau mengakhiri proses pembaharuan lembaga pengarah, dan beliau akan memimpin lembaga ini dalam usaha penetapan semula strategi yang berterusan bagi syarikat ini,” kata Encik Israel.

“SingPost sedang menjalani transformasi besar untuk membuat penyesuaian terhadap landskap perkhidmatan pos, e-dagang, dan logistik yang kian berubah.

“Pengalaman beliau akan menyumbang kepada pemantauan dan hala tuju strategi baru oleh lembaga ini,” tambah beliau.

Cik Teo, 65 tahun, membawa pengalaman lebih 27 tahun dalam perkhidmatan kewangan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dari 2013 hingga 2015, beliau merupakan penasihat khas di pejabat pengarah urusan MAS.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan lain di MAS, termasuk timbalan pengarah urusan bagi penyeliaan kewangan.

Cik Teo kini juga merupakan pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif di CapitaLand Integrated Commercial Trust Management, dan turut menganggotai lembaga pengarah HSBC Holdings.

SingPost, yang sedang melakukan semakan strategik dan penyusunan semula syarikat itu, masih belum melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru.

Pada Disember 2024, SingPost memecat tiga eksekutif kanan - termasuk CEO syarikat itu, Encik Vincent Phang, kerana salah mengendalikan laporan pemberi maklumat yang mendedahkan kes pemalsuan data di unit perniagaan antarabangsa syarikat itu.

Encik Phang, bersama Ketua Pegawai Kewangan, Encik Vincent Yik, dan CEO unit perniagaan antarabangsa, Encik Yu Li, telah mendapatkan khidmat peguam dan mencabar pemecatan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg