Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost, FedEx perluas kerjasama khidmat penghantaran seluruh negara 

May 20, 2025 | 4:05 PM
singpost, FedEx, rentas sempadan
Kerjasama yang diperluaskan itu bertujuan melancarkan proses penghantaran dan menjadikan perkhidmatan lebih cekap, khususnya bagi kiriman rentas sempadan. - Foto ST

Singapore Post (SingPost) sedang meningkatkan kerjasama dengan syarikat penghantaran sejagat, FedEx dengan memperluaskan khidmat penghantaran bungkusan FedEx ke semua pejabat pos di Singapura.

Usaha tersebut telah meningkatkan lokasi penerimaan bungkusan daripada enam kepada 43, menurut kededua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama pada 19 Mei.

Kini, pelanggan boleh menghantar bungkusan FedEx mereka di semua kaunter POPStop di pejabat pos SingPost serta POPStop di MRT Tampines.

Selepas bungkusan tersebut dimasukkan dalam bekas yang disediakan di kaunter POPStop, ia akan dipindahkan kepada FedEx setiap hari tanpa pelanggan dikenakan bayaran tambahan, atau perlu mengisi borang tambahan.

Inisiatif tersebut adalah lanjutan daripada satu program perintis yang dilancarkan pada September 2023, apabila SingPost menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan FedEx Express.

Di bawah MOU tersebut, pelanggan boleh menghantar bungkusan FedEx mereka di kaunter POPStop di enam pejabat pos yang ditetapkan – di Punggol, Raffles Place, Tampines, Woodlands, Jurong dan Marine Parade – tanpa dikenakan bayaran tambahan, lapor The Business Times (BT).

“Sambutan positif daripada pelanggan sepanjang tempoh program perintis ini menunjukkan adanya permintaan bagi kemudahan dan akses lebih baik dalam khidmat kiriman antarabangsa,” kata SingPost.

Kerjasama yang diperluaskan itu bertujuan melancarkan proses penghantaran dan menjadikan perkhidmatan lebih cekap, khususnya bagi kiriman rentas sempadan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) SingPost, Cik Neo Su Yin, berkata bahawa kerjasama dengan syarikat logistik antarabangsa seperti FedEx membolehkan SingPost menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggannya bagi khidmat kiriman antarabangsa, dengan “melancarkan urusan logistik” bagi kededua perniagaan itu.

Pengarah urusan FedEx Singapura, Encik Eric Tan, pula berkata memanfaatkan rangkaian pos SingPost yang luas, membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat FedEx dengan lebih mudah.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha berterusan FedEx untuk menambahkan lokasi akses dan penawaran khidmatnya melalui jalinan kerjasama dengan syarikat penghantaran surat dan bungkusan Singapura itu.

Lokasi tambahan SingPost itu menjadikan jumlah lokasi penghantaran FedEx melebihi 410 di seluruh Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg