Marina Bay Sands catat suku terbaik, keuntungan lebih $1b

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Marina Bay Sands catat suku terbaik, keuntungan lebih $1b

Jan 29, 2026 | 5:32 PM

Marina Bay Sands catat suku terbaik, keuntungan lebih $1b

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pendapatan diselaraskan MBS melonjak 50.1 peratus kepada AS$806 juta ($1.02 bilion) bagi tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember.
Pendapatan diselaraskan MBS melonjak 50.1 peratus kepada AS$806 juta ($1.02 bilion) bagi tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember. - Foto ST

Marina Bay Sands (MBS) meraih “suku tahunan terbaik”, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands (LVS), Encik Rob Goldstein, pada 28 Januari, selepas mencatat keuntungan melebihi $1 bilion.

Pendapatan hartanah MBS sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) melonjak 50.1 peratus kepada AS$806 juta ($1.02 bilion) bagi tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember, berbanding AS$537 juta pada 2024.

Angka terkini ini juga meningkat 8.5 peratus berbanding suku sebelumnya. Secara tahunan, margin Ebitda MBS bertambah 3.1 mata peratusan kepada 50.3 peratus.

Pendapatan suku keempat MBS pula naik 41 peratus kepada AS$1.6 bilion, berbanding AS$1.1 bilion pada 2024. 

Encik Goldstein mendedahkan, segmen permainan massa di Singapura melebihi AS$951 juta pada suku terbaru, mencatatkan kenaikan 27 peratus berbanding 2024.

Komponen pendapatan lain MBS turut menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan.

Segmen bilik mencatatkan pendapatan AS$152 juta, meningkat 21.6 peratus, daripada AS$125 juta pada 2024

Pendapatan makanan dan minuman naik 20 peratus kepada AS$114 juta; pendapatan pusat beli-belah naik 6.1 peratus kepada AS$87 juta; dan pendapatan konvensyen, runcit dan lain-lain meningkat 7 peratus kepada AS$46 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi LVS, Encik Patrick Dumont, berkata keuntungan rekod itu “menggambarkan hasil pelaburan berkualiti tinggi dalam produk terkemuka pasaran, perkhidmatan bertaraf dunia, dan pertumbuhan dalam pelancongan bernilai tinggi”. 

Berkaitan perbelanjaan operasi yang diperlukan untuk mengekalkan prestasi itu, beliau berkata: “Kami tidak perlu melakukan apa-apa dari segi perbelanjaan operasi, kecuali terus memperbaiki model perkhidmatan dan program kami.”

LVS terus melabur di Singapura, tambahnya, dengan penekanan pada kerja-kerja pengubahsuaian yang giat dijalankan.

Beliau menambah bahawa walaupun suite telah siap, kumpulan itu akan terus menyesuaikan dan meningkatkan kemudahan MBS di mana perlu.

“Ini adalah pasaran yang luar biasa,” kata Encik Goldstein. “Kami telah membina produk untuk memaksimumkan peluang ini,” tambahnya.

Mengingat kembali sasaran Ebitda tahunan LVS untuk MBS sebelum ini sebanyak AS$2.5 bilion, beliau mengakui LVS terbukti “tidak mahir” dalam meramalkan prestasi resort bersepadu itu.

Beliau menyebut pelbagai faktor yang memberi kelebihan kepada MBS, termasuk lokasinya yang merupakan destinasi hebat, sokongan pemerintah dan produk yang telah dinaik taraf.

“Saya rasa kami kini telah melepasi tahap keraguan,” katanya, sambil menambah bahawa MBS “mempunyai potensi besar untuk terus berkembang jika ekonomi terus kukuh dan kami terus menawarkan produk berkualiti tinggi.”

Di peringkat kumpulan, LVS mencatatkan pendapatan bersih sebanyak AS$448 juta untuk suku keempat 2025, peningkatan 14.3 peratus daripada AS$392 juta pada 2024.

Pendapatan bersih meningkat 26 peratus kepada AS$3.7 bilion, berbanding AS$2.9 bilion pada 2024. Ia melaporkan Ebitda hartanah diselaraskan yang berjumlah AS$1.4 bilion.

Bagi operasi kumpulan di Macau, pendapatan bersih naik 16.2 peratus kepada AS$2.1 bilion daripada AS$1.8 bilion sebelumnya. Ebitda hartanah diselaraskan berjumlah AS$608 juta, meningkat 6.5 peratus berbanding AS$571 juta pada 2024.

Namun, berbeza dengan MBS, margin Ebitda hartanah diselaraskan operasi Macau merosot 2.7 mata peratusan kepada 29.5 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg