Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS, Bank Negara Kemboja tubuh koridor ketelusan kewangan bagi SME

Jul 12, 2023 | 01:51 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Negara Kemboja (NBC) akan menubuhkan satu inisiatif koridor ketelusan kewangan (FTC) bagi memudahkan khidmat kewangan rentas sempadan dan perdagangan untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Singapura dan Kemboja.

Mereka menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada Selasa, lapor akhbar The Straits Times.


Di bawah daya usaha itu, koridor tersebut bermatlamat menubuhkan prasarana digital.

Ia berasaskan persetujuan bagi memudahkan pertukaran maklumat antara institusi kewangan yang mengambil bahagian di Singapura dan Kemboja khusus menyokong khidmat kewangan rentas sempadan yang disediakan kepada SME.

Koridor itu akan menyokong penilaian pinjaman institusi kewangan untuk kewangan perdagangan dan pematuhan SME dengan peraturan pencegahan pengubahan wang haram.

Dengan itu, ia diharap dapat mengurangkan risiko dan pertikaian perdagangan.

Sebagai contoh, sebuah institusi kewangan Singapura dalam menilai sokongan kewangan untuk sebuah perniagaan rentas sempadan oleh pembeli SME dengan seorang penjual SME Kemboja, boleh menggunakan FTC untuk memperoleh maklumat yang boleh dipercayai daripada sebuah institusi kewangan Kemboja mengenai penjual SME Kemboja itu, kata MAS dan NBC dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Begitu juga, sebuah institusi kewangan Kemboja yang menyokong penjual Kemboja boleh mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai tentang pembeli Singapura melalui FTC.

“Aliran maklumat yang dipertingkatkan sebegitu... boleh membantu SME di Singapura dan Kemboja mengakses rangkaian perdagangan digital lebih luas seperti rangkaian sejagat Business Sans Border Proxtera dan menawarkan SME dengan hubungan dagangan lebih luas di dalam negara Asean dan serantau lain yang berkembang,” kata MAS dan NBC.

“FTC akan menyokong aliran perdagangan terbuka untuk perniagaan, terutama SME, menerusi data kepercayaan kewangan bagi khidmat kewangan antara Singapura dengan Kemboja,” kata ketua pegawai fintech MAS, Encik Sopnendu Mohanty.

“Ini akan membawa pada perkongsian lebih rapat antara pusat-pusat kewangan kami untuk menghasilkan penyelesaian inovatif dan produk lebih baik dan pertumbuhan lebih kukuh secara bersama demi ekonomi kami dalam ekonomi digital sejagat ini,” katanya.

SME merupakan tulang belakang ekonomi Kemboja dan Singapura, kata timbalan gabenor NBC, Dr Serey Chea.

“Keupayaan mereka untuk mengakses kewangan di luar sempadan akan sangat membantu mengembangkan operasi mereka dan menyumbang pada pertumbuhan ekonomi kededua negara dengan lebih baik,” tambah beliau.

Sebelum ini, MAS mengumumkan satu FTC bersama Bank Ghana pada 2020 untuk memanfaatkan SME dan SME mikro di Singapura dan Ghana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >