Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS kukuhkan langkah terhadap risiko pengubahan wang haram bagi pejabat keluarga tunggal

Jul 31, 2023 | 06:12 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menyarankan langkah bagi memastikan agar semua pejabat keluarga tunggal (SFO) berada di bawah kawalan pencegahan pengubahan wang haram, dengan memperkenalkan tuntutan khusus melalui pengecualian kelas yang diselaraskan untuk sektor itu.

MAS pada Isnin melancarkan satu konsultasi awam berkenaan rangka kerja yang disemak semula yang memperkenalkan perubahan tersebut, dan menambah bahawa langkah itu akan meningkatkan pengawasan dan pertahanan terhadap risiko pengubahan wang haram dalam sektor SFO setempat.

Perubahan yang dicadangkan kepada rangka kerja itu termasuk memerlukan semua SFO diperbadankan di Singapura, dan mereka melaporkan jumlah aset keseluruhan yang diuruskan setiap tahun pada setiap hujung tahun kalendar, menurut kenyataan MAS.

Di bawah kriteria pengecualian yang diselaraskan, SFO perlu memaklumkan MAS dan mengesahkan pematuhan dengan kriteria kelayakan di bawah pengecualian kelas bila mereka memulakan operasi di Singapura.

Mereka juga perlu mengekalkan hubungan perniagaan bersama sebuah institusi kewangan yang dikawal selia MAS, yang akan menjalankan pemeriksaan mencegah pengubahan wang haram terhadap mereka.

Langkah-langkah tersebut akan membolehkan MAS memantau SFO yang beroperasi di Singapura dengan lebih baik, dan menangani risiko pengubahan wang haram dalam sektor itu, menurut MAS. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >