Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS: Pertumbuhan ekon S’pura dijangka meningkat

Sep 13, 2024 | 9:02 PM
Pertumbuhan Singapura menjadi lebih meluas dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sektor pengilangan berubah positif selepas beberapa bulan merosot, kata Pengarah Urusan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Chia Der Jiun.
Pertumbuhan Singapura menjadi lebih meluas dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sektor pengilangan berubah positif selepas beberapa bulan merosot, kata Pengarah Urusan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Chia Der Jiun. - Foto ZAOBAO

Pertumbuhan ekonomi meningkat pesat dan berkemungkinan akan menamatkan 2024 di paras penghujung anggaran rasmi yang lebih tinggi iaitu 2 peratus hingga 3 peratus, kata Pengarah Urusan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Chia Der Jiun.

“(Pertumbuhan) secara relatifnya positif setakat ini dalam beberapa bulan yang lepas, berdasarkan tahun-ke-tahun, adalah lebih kukuh pada hujung atas julat 2 peratus hingga 3 peratus,” kata Encik Chia.

Beliau merujuk kepada anggaran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), yang lebih kecil daripada anggaran 1 peratus kepada 3 peratus pada Ogos.

“Untuk setahun penuh, kami fikir ia akan tamat benar-benar dalam julat itu, mungkin di bahagian yang lebih kukuh.”

Encik Chia bercakap di Forum Kewangan Masa Depan Jawatankuasa Bretton Woods, persidangan tahunan penggubal dasar, pengawal selia dan jurubank yang dihos bank Switzerland UBS di pejabatnya di Singapura pada 13 September, lapor The Straits Times.

Komennya dibuat beberapa hari selepas pakar ekonomi sektor swasta menganggarkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) akan berkembang 2.6 peratus pada 2024, meningkat daripada 2.4 peratus yang mereka unjurkan dalam tinjauan MAS pada Jun.

Encik Chia berkata inflasi juga semakin berkurangan, dengan bacaan terkini menunjukkan inflasi teras – yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet – pada 2.5 peratus pada Julai, turun daripada paras tertinggi dalam 14 tahun sebanyak 5.5 peratus pada Januari.

“Menjelang tahun depan (2025), ia sepatutnya bergerak ke arah julat yang selesa bagi kita,” katanya dalam perbincangan panel.

Beliau tidak memberikan anggaran untuk 2025, tetapi MAS sebelum ini menyatakan bahawa ia ingin memastikan inflasi teras turun kepada 2 peratus menjelang awal 2025.

Menurut Encik Chia, pertumbuhan Singapura telah menjadi lebih luas dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sektor pengilangan telah bertukar positif selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan, menguatkan lagi pemulihan sektor perkhidmatan pada 2024.

“Kami melihat sedikit peningkatan daripada kitaran elektronik sejagat, tetapi pertumbuhan sektor perkhidmatan yang sebenarnya lebih kukuh,” tambahnya.

Sektor pengilangan Singapura telah memulakan suku ketiga dengan positif, berkembang 1.8 peratus tahun-ke-tahun pada Julai, selepas menguncup 4.3 peratus pada Jun.

Sektor itu menyusut 1.4 peratus pada separuh pertama 2024 dan 4.3 peratus pada keseluruhan 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg