Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS sedia stabilkan pasaran selepas Trump umum tarif

MAS akan pastikan pasaran tukaran asing, pasaran wang terus beroperasi secara teratur
Apr 3, 2025 | 6:32 PM
MAS berkata pasaran tukaran asing dan wang Singapura terus berfungsi seperti biasa dalam keadaan pasaran semasa.
MAS berkata pasaran tukaran asing dan wang Singapura terus berfungsi seperti biasa dalam keadaan pasaran semasa. - Foto BT

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata pada 3 April bahawa ia sedia untuk menstabilkan pasaran, susulan pengumuman tarif global meluas oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Para pelabur telah mengambil tindakan mengundurkan diri dari pasaran di Asia-Pasifik apabila negara seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, dan Australia mengalami kemerosotan ekonomi ekoran pengumuman tarif itu.

Berbeza daripada pasaran lain, Indeks Straits Times Singapura (STI) kekal stabil, lapor The Business Times (BT).

Manakala di Amerika, niaga hadapan Dow Jones merosot lebih 1,000 mata pada awal dagangan.

“MAS sedia untuk mengawal turun naik berlebihan dalam dolar Singapura (Singdollar) dan memastikan pasaran pertukaran asing serta pasaran wang Singapura terus beroperasi secara teratur,” kata bank pusat itu.

Ia turut berkata pasaran tukaran asing dan wang Singapura terus berfungsi seperti biasa dalam keadaan pasaran semasa.

Dolar Amerika pada mulanya meningkat berbanding matawang Singapura selepas pengumuman tarif pertama oleh Encik Trump pada Februari. Namun, pada Mac, ia hilang momentum, dan mencatatkan penurunan 0.29 peratus. 

Pada 3 April, ia terus mencatatkan penurunan 0.34 peratus berbanding matawang Singapura, dengan nilai pertukaran AS$1 berbanding $1.3426 dolar Singapura.

Encik Trump mengumumkan akan mengenakan tarif meluas ke atas semua negara pada pagi 3 April, dengan tarif tambahan berbeza-beza untuk negara tertentu.

“MAS memantau perkembangan (situasi itu) dengan teliti dan menilai kesannya terhadap ekonomi Singapura,” tambah MAS.

Encik Trump mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua negara dan tarif timbal balik tambahan terhadap kira-kira 60 negara yang dianggap sebagai “pelaku paling teruk”. Ini termasuk Kemboja dengan kadar tertinggi sebanyak 49 peratus, Vietnam dengan kadar 46 peratus, dan Thailand dengan kadar 36 peratus.

Selepas pengumuman pada 3 April, pasaran di Asia terus merosot apabila para pelabur bertindak mengelak risiko di tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Jepun, yang dikenakan kadar tarif tambahan sebanyak 24 peratus, menyaksikan Nikkei 225 merosot 4.3 peratus sejurus selepas pasaran dibuka. Indeks Hang Seng di Hong Kong pula jatuh sekitar 1.3 peratus.

Korea Selatan pula dikenakan tarif 25 peratus, dengan Indeks Kospi jatuh 2.3 peratus. Australia, yang hanya dikenakan kadar tarif asas, menyaksikan indeks saham ASX200 merosot hampir 1.9 peratus.

STI Singapura tidak terkesan. Ia kekal stabil dengan kerugian yang sedikit pada waktu petang.

Memandangkan Singapura tidak mengenakan tarif ke atas produk Amerika di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Amerika, ia hanya dikenakan kadar tarif asas sebanyak 10 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg