Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS tubuh panel pakar daya tahan siber, teknologi

Ia akan menasihati bank pusat mengenai risiko dan ancaman teknologi yang dihadapi sektor kewangan
Sep 25, 2024 | 5:32 PM
Panel baru menggantikan Panel Penasihat Keselamatan Siber, yang ditubuhkan pada 2017.
Panel baru menggantikan Panel Penasihat Keselamatan Siber, yang ditubuhkan pada 2017. - Foto ZAOBAO

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menubuhkan panel Pakar Ketahanan Siber dan Teknologi (CTREX) untuk membantu memastikan keteguhan sektor kewangan negara dalam dua bidang ini.

Ia menggantikan Panel Penasihat Keselamatan Siber yang ditubuhkan pada 2017, kata MAS dalam satu kenyataan pada 25 September.

Selain keselamatan siber, panel CTREX akan membantu dalam daya tahan teknologi, faktor yang menyokong daya tahan operasi sektor kewangan Singapura.

“Memandangkan institusi kewangan semakin bergantung pada teknologi untuk menyampaikan perkhidmatan, adalah penting bagi mereka dapat mengekalkan daya tahan teknologi dan mengurus risiko siber dengan baik,” jelas Pengarah Urusan MAS, Encik Chia Der Jiun.

Terdiri daripada 13 pakar industri global dari kededua bidang, panel CTREX akan menasihati MAS mengenai risiko dan ancaman teknologi yang dihadapi sektor kewangan.

Ia juga akan menyediakan cadangan mengenai strategi dan langkah untuk memperkukuh teknologi dan daya tahan siber sektor kewangan, lapor The Business Times (BT).

“Kami berharap dapat memanfaatkan panel CTREX untuk memberikan perspektif global kepada MAS dan industri dalam membina keupayaan penting ini, sambil kami terus maju dalam perjalanan pendigitalan kami,” tambah Encik Chia.

Mesyuarat sulung panel itu akan diadakan pada pertengahan 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg