Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maybank bantu SME, usahawan wanita kekal daya saing

Sokongan tambahan untuk usahawan wanita ditawar melalui program HERpower
Nov 15, 2024 | 7:30 PM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negara Maybank Singapura, Encik Alvin Lee (kiri), melancarkan program Maybank myimpact SME yang menawarkan penyelesaian nasihat kewangan dan perniagaan pada 15 November di MSpace@Maybank Tower bersama Anggota Lembaga Pengarah Maybank Singapore Limited, Datuk Yee Yang Chien.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negara Maybank Singapura, Encik Alvin Lee (kiri), melancarkan program Maybank myimpact SME yang menawarkan penyelesaian nasihat kewangan dan perniagaan pada 15 November di MSpace@Maybank Tower bersama Anggota Lembaga Pengarah Maybank Singapore Limited, Datuk Yee Yang Chien. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Syarikat kecil dan sederhana (SME) kini boleh membina operasi yang berdaya tahan dan kekal berdaya saing dalam pasaran yang semakin mementingkan alam sekitar di bawah program Maybank myimpact SME.

Program tersebut menawarkan penyelesaian nasihat kewangan dan perniagaan yang disesuaikan bagi membolehkan perniagaan kekal berdaya saing pada masa hadapan dan membawa kesan ekonomi yang positif.

Melancarkan program itu pada 15 November di MSpace@Maybank Tower, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negara Maybank Singapura, Encik Alvin Lee, berkata sebagai sebahagian daripada daya utama Maybank myimpact SME, bank tersebut akan menawarkan sokongan tambahan untuk usahawan wanita melalui program HERpower.

Usahawan wanita akan menikmati pelbagai pengecualian di bawah program HERpower, seperti pengecualian bayaran pemprosesan sehingga $2,000 untuk permohonan pinjaman, bayaran persediaan untuk Terminal Tangkapan Data Elektronik (EDC) dan caj gaji sehingga $100 setiap bulan.

“Untuk menambah rangkaian penyelesaian dan faedah perbankan untuk usahawan wanita, kami juga menyediakan peluang pembelajaran dan rangkaian, alat digital untuk mempercepatkan pertumbuhan dan panduan untuk menyesuaikan amalan mampan ke dalam operasi perniagaan, demi memastikan SME bersedia untuk masa hadapan.

“Sebagai penyokong kemajuan sosioekonomi dan pemerkasaan wanita, Maybank berusaha mewujudkan persekitaran yang membolehkan usahawan wanita berkembang maju, berinovasi dan memimpin dalam amalan mampan,” jelas Encik Lee kepada Berita Harian (BH).

Beliau, yang menjangkakan landskap keusahawanan di Singapura akan terus berkembang pada masa hadapan, berkata pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) juga dapat memberi peluang kepada SME mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.

“Dengan insentif seperti faedah cukai, proses persediaan perniagaan yang diperkemas dan kos yang dikurangkan berbanding Singapura, JS-SEZ menyediakan lokasi strategik untuk perniagaan yang ingin berkembang di Asia Tenggara sambil kekal dekat dengan pasaran Singapura,” tambahnya.

Pelancaran Maybank myimpact SME menggariskan komitmen Maybank dalam menyokong SME, termasuk bantuan dalam usaha hijau.

Daripada perundingan dan latihan sekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) kepada penyediaan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan, Encik Lee menambah bahawa Maybank bekerjasama dengan pemimpin industri untuk melengkapkan SME dengan khidmat nasihat, pemudah cara dan akreditasi, termasuk pembiayaan yang disusun mengikut keperluan khusus.

“Untuk melengkapkan SME bagi pengumpulan data ESG yang diperkemas dalam pelaporan kemampanan, SME akan menerima pembiayaan daripada bank untuk pelaporan kemampanan Gprnt, seperti pelaporan pelepasan, pembiayaan berkaitan hijau dan kemampanan, pengurusan risiko iklim, dan pelaporan rantaian bekalan mampan pada asas masa nyata untuk menyokong pengurusan risiko dan usaha peralihan sifar bersih mereka dengan lebih baik.

“Ekosistem kerjasama yang menyediakan pandangan dan panduan yang disesuaikan ini akan memenuhi keperluan khusus SME untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang mampan,” kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg