Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Maybank Securities usahakan inisiatif kebaikan di S’pura

Aug 23, 2023 | 07:32 PM



Perdagangan Untuk Kebaikan, atau Trade for good, dilancarkan oleh Maybank Securities (MSSG) pada Rabu lalu, sempena Minggu Kemampanan Kumpulan Maybank dan sambutan bulan kebangsaan Singapura.

Komisen bersih yang diperolehi daripada perdagangan untuk kebaikan daripada dagangan saham akan didermakan kepada Geran Momentum Maybank.

Perdagangan untuk Kebaikan melibatkan 80 pedagang dan penerima pesanan daripada pelanggan di Singapura dan serata rantau.

Geran Momentum MayBank di bawah Maybank Singapura bertujuan menggerakkan badan amal yang berpotensi ke hadapan dengan melabur dalam transformasi operasi mereka supaya mereka boleh berjalan dengan mampan, dan membina momentum yang betul untuk berkembang.

Dengan konsep geran kitar semula, penerima geran digalak membayar ke hadapan. Ini akan membolehkan geran itu dikitar semula dan menyokong lebih banyak badan kebajikan kecil.

Sejak pelancaran geran pada 2021, $2 juta telah dikumpulkan dan 13 rakan amal dan 13,275 individu telah mendapat manfaat daripadanya.

Pengendali Akses Pasaran Tunai Maybank Securities, Encik Idris Ahmad, 39 tahun, berkongsi:

“Dengan menyertai Hari Amal Maybank Securities dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) lain oleh Maybank sepanjang tahun, ia bermakna bagi saya dan rakan sekerja untuk membantu orang ramai dalam komuniti kami. Selain itu, ia mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai peribadi kami,” kata Encik Idris, yang telah 13 tahun bekerja di situ.

Selain Hari Perdagangan untuk Kebaikan, dua inisiatif lain juga disediakan untuk membantu menyumbang dana kepada geran tersebut. Di bawah inisiatif Makanan Untuk Kebaikan, kakitangan MSSG mengatur gerai makanan untuk menjual makanan dan mengumpulkan wang & Peluh Untuk Kebaikan dengan bos MSSG melakukan senaman sebagai pertukaran untuk derma.

MSSG berkongsi dengan Berita Harian bahawa mereka telah mengumpulkan $30,000 daripada aktiviti Peluh Untuk Kebaikan dan Makanan Untuk Kebaikan.


“Selain memeriksa perdagangan yang masuk, saya membantu di gerai pasukan saya untuk mempromosikan dan menjual item makanan kami.

“Kita tidak dapat menyelesaikan isu sosial dalam sekelip mata. Apa yang penting adalah pesanan bahawa kita sepatutnya membantu orang lain, tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan kita,” kata Penganalisis Kanan Pejabat Tengah Maybank Securities, Encik Andri Aditya Awi Idris, 29 tahun,


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Securities, Encik Aditya Laroia berkongsi: “Kami melihat kesan langsung geran itu kepada rakyat dan masyarakat. Badan kebajikan seperti Engineering Good adalah contoh yang baik bahawa mereka berjaya membantu kesenjangan dalam masyarakat.”

Maybank berharap dapat kumpul $2 juta dalam masa dua tahun bagi geran tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >