Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maybank: SEZ Johor-S’pura mampu tarik minat firma tersenarai S’pura

Zon Ekonomi Khas itu akan pacu pelaburan dalam 11 sektor utama
Jan 9, 2025 | 5:43 PM
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura mungkin menarik rantaian bekalan yang beralih tempat ekoran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China, kata Maybank.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura mungkin menarik rantaian bekalan yang beralih tempat ekoran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China, kata Maybank. - Foto ZAOBAO

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan memacu pelaburan dalam 11 sektor utama.

Ia merangkumi pengilangan, logistik, keselamatan makanan, pelancongan, tenaga, ekonomi digital, ekonomi hijau, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan dan kesihatan.

Kedua-dua negara menyasarkan 100 projek dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mewujudkan 20,000 pekerjaan mahir.

Sektor tertentu di Singapura akan mendapat manfaat, kata penganalisis, lapor The Business Times.

JS-SEZ itu mungkin menarik rantaian bekalan yang beralih ke tempat lain akibat ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China, kata Maybank dalam satu laporan pada 7 Januari.

Encik Thilan Wickramasinghe, ketua penyelidikan Maybank Securities Singapura, menulis:

“Secara konsepnya ia akan memanfaatkan keupayaan Singapura sebagai pusat kewangan dan logistik global dan memanfaatkan Johor yang mempunyai ruang tanah, tenaga kerja yang berdaya saing – lantas menawarkan rantaian bekalan alternatif kepada Asia Utara di tengah-tengah perang perdagangan Amerika-China.”

Sektor-sektor di Singapura – perbankan, perusahaan, teknologi dan telekomunikasi – akan mendapat manfaat daripada zon ekonomi itu, kata Maybank.

Macquarie dalam laporan lain yakin dengan bank-bank Singapura, dengan menyatakan UOB dan OCBC mempunyai operasi “bersaiz besar” di kedua-dua pasaran.

Maybank membariskan beberapa sektor yang akan mendapat manfaat daripada JS-SEZ dan juga saham-saham syarikat yang dijangka meraih manfaat:

Bank dan kewangan: Sepanjang lima hingga enam tahun lalu, bank-bank Singapura telah melabur dalam usaha menyepadukan perbankan borong dan runcit secara serantau.

Ini membolehkan mereka meraih dan memudahkan peralihan rantaian bekalan dari Asia Utara ke Asean, kata bank itu.

Pilihan Maybank: OCBC, UOB. Kedua-dua bank sudah lama bertapak di Malaysia dan Asean.

Pusat data dan telekomunikasi: “Kedudukan Johor sebagai hab pusat data boleh diperkukuh lagi dengan JS-SEZ dan boleh menjadi tarikan utama pelaburan asas,” kata bank itu.

Pilihan Maybank: Singtel. Maybank berkata Singtel telah membina pusat data sedia kecerdasan buatan (AI) di Johor, dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia, TM. Ia juga harus mendapat manfaat daripada permintaan prasarana kabel darat dan dasar laut yang lebih tinggi.

Pembuatan teknologi: Syarikat pengilangan tersenarai di Singapura boleh menikmati faedah cukai lebih tinggi jika mereka menubuhkan kilang atau kemudahan dalam zon ekonomi itu, kata bank itu.

“Pengeluar dalam bidang sains hayat, aeroangkasa dan elektronik adalah sektor keutamaan JS-SEZ.”

Pilihan Maybank: AEM, Frencken, UMS, Venture sudah ada kemudahan di Malaysia yang berpotensi menambah kapasiti.

Perusahaan: JS-SEZ bersedia menawarkan kos menjalankan perniagaan yang berdaya saing dengan menjadikan kos sumber seperti hartanah, tenaga kerja dan cukai lebih menguntungkan, kata Maybank.

Pilihan Maybank: Sembcorp Industries. Ia akan mendapat manfaat daripada kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg