Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Netflix luaskan tindakan bagi perkongsian kata laluan, termasuk di S’pura

May 24, 2023 | 04:38 PM



NETFLIX telah meluaskan tindakan keras ke atas mereka yang berkongsi kata laluan akaun di Amerika Syarikat dan lebih 100 negara lain, dengan memaklumkan pengguna bahawa akaun mereka tidak boleh dikongsi secara percuma di luar rumah.

Syarikat yang merintis video penstriman itu telah mencari cara baru untuk menjana wang kerana ia berdepan dengan tanda-tanda pasaran yang semakin padat, termasuk usaha terkini mengambil tindakan keras berhubung dengan perkongsian kata laluan dan perkhidmatan baru yang disokong iklan.

Netflix berkata ia telah menghantar e-mel mengenai perkongsian akaun kepada pelanggan di 103 negara, termasuk Amerika, Britain, Perancis, Jerman, Australia, Singapura, Mexico dan Brazil.

E-mel tersebut menyatakan bahawa akaun Netflix harus digunakan dalam satu isi rumah sahaja. Pelanggan yang sudah membayar boleh menambah anggota di luar rumah mereka dengan bayaran tambahan.

Di Amerika, yuran itu ialah AS$8 ($10.80) sebulan. Di Singapura pula, kos itu adalah $6.98 sebulan.

Pelanggan tambahan itu akan mempunyai profil, akaun dan kata laluan mereka sendiri, tetapi keahlian mereka akan dibayar oleh orang yang mengundang mereka untuk menyertainya.

Butiran garis panduan baru dalam pusat bantuan Netflix berkata bahawa anggota tambahan boleh menonton Netflix di apa sahaja peranti tetapi hanya pada satu peranti pada satu masa.

Mereka juga boleh memuat turun program atau rancangan tetapi hanya pada satu telefon atau tablet pada satu masa.

Tidak seperti pemilik akaun, pelanggan tambahan itu juga tidak akan dapat mencipta profil tambahan. Ia juga tidak boleh menjadi profil kanak-kanak.

Akaun tersebut perlu diaktifkan di negara yang sama dengan pemilik akaun.

Pemilik akaun juga boleh memindahkan profil seseorang supaya pengguna boleh menyimpan sejarah tontonan dan saranan rancangan untuk mereka.

Awal daripada ini, firma gergasi penstriman itu berkata ia menggunakan gabungan alamat IP, ID peranti dan “aktiviti akaun daripada peranti yang dilog masuk ke akaun Netflix” untuk menentukan sama ada akaun digunakan dalam isi rumah pemegang akaun utama.

Peranti mungkin disekat daripada memainkan program Netflix jika ia dianggap telah mengakses perkhidmatan dari luar rumah yang berdaftar.

Pada 2022, Netflix berkata ia akan menyekat perkongsian akaun dan sedang menguji pelbagai pendekatan di beberapa pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >