Niaga
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej kahwin, produk halal tawar pelbagai pilihan kepada pengunjung

Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir di acara ‘The Wedding Asia 2025 X Halal Expo’, dari 12 hingga 14 Sep
Sep 12, 2025 | 7:38 PM
the wedding asia 2025, halal expo, pakej kahwin
Pengunjung sibuk memilih makanan yang hendak dibeli di pameran produk halal dan perkahwinan, ‘The Wedding Asia 2025 X Halal Expo’, pada 12 September. - Foto BM oleh KHALID BABA

Pelbagai khidmat perkahwinan dan produk halal ditawarkan dalam acara pameran dagangan, The Wedding Asia 2025 X Halal Expo, yang berlangsung di Dewan 5B, Singapore Expo, dari 12 hingga 14 September.

Pengunjung boleh menjangkakan tawaran menarik seperti pakej eksklusif, hadiah cabutan bertuah, persembahan hiburan, dan aktiviti interaktif sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung.

Ketika ditemui Berita Minggu (BM), ramai pengunjung menjelaskan mereka memanfaatkan acara ini untuk mencari inspirasi, membuat perbandingan pakej dan menikmati suasana pameran.

Pengunjung setia ke pameran perdagangan, Cik Norisa Suadi dan rakannya, Cik Fauziah Khalid, berkata mereka memilih untuk datang lebih awal, pada hari pertama (12 September) supaya tidak perlu bersaing dengan pengunjung lain.

“Datang awal pada Jumaat lebih tenang dan senang buat pilihan, sebelum ramai orang pula membanjiri acara ini pada Sabtu dan Ahad,” kata Cik Norisa.

Cik Fauziah pula menambah: “Hari ini saya datang untuk lihat koleksi pakaian dan produk halal terbaru, sambil cari idea untuk keluarga dan rakan-rakan.”

Pengurus Projek Kanan MegaXpress International, Cik Vivienna Hamzah, berkata acara tersebut dijangka menarik sehingga 30,000 pengunjung.

The Wedding Asia telah dianjurkan sejak 2020, namun kali ini kami menggabungkannya dengan Halal Expo untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pasangan pengantin dan keluarga,” katanya.

Tema ‘Tropical Eden’ yang dipilih berdasarkan cadangan pengunjung yang ingin menjadikan acara ini lebih interaktif dan dekat dengan kehendak pasaran.

Lebih 160 reruai mengambil bahagian, termasuk vendor baru seperti Glass House BeachFront, The Acacia, dan Wedding+.

Pasangan yang mendaftar awal berpeluang menerima berkat coklat, set penjagaan kuku Wardah serta menyertai peraduan untuk memenangi jambangan bunga pengantin wanita bernilai $120 dan perkhidmatan kios foto tiga jam bernilai $588, tajaan SipSnapSlurp.

Jenama Wardah@Stevens turut mempamerkan konsep moden dan tradisional dengan promosi bernilai ribuan dolar.

“Acara sebegini membolehkan kami berkongsi idea dan membina rangkaian kenalan bersama pemain industri lain,” kata Pengarah Urusan Wardah, Encik Mohamed Anwar Tahar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Wedding+, Encik Hussain Abdul Rahman, memperkenalkan pakej satu perhentian untuk bakal pengantin berupa lokasi unik di Changi Beach Club, yang merupakan ruang terapung atas laut.

Selain reruai pameran, pengunjung juga boleh menikmati persembahan selebriti seperti Datuk Ifa Raziah, Datuk Adi Putra dan Ayu Damit, menjadikan acara ini bukan sahaja destinasi membeli-belah dan perancangan perkahwinan, malah sebagai hiburan seisi keluarga sepanjang hujung minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg