OCBC Bank telah bersetuju menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam Hong Kong Life Insurance kepada sebuah syarikat pegangan pelaburan di Hong Kong dengan harga HK$589.3 juta ($103 juta).
OCBC, melalui anak syarikat milik sepenuhnya, OCBC Bank (Hong Kong), memiliki 33.3 peratus saham dalam Hong Kong Life, bersamaan dengan 290 juta saham.
Perjanjian itu dimeterai dengan Yue Xiu Enterprises (Holdings).
Penjualan itu tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang berkaitan, lapor The Business Times.
Pada 31 Disember 2023, nilai aset bersih keseluruhan Hong Kong Life adalah HK$1.02 bilion.
OCBC berkata dalam pemfailan kawal selia pada 27 Disember bahawa penyelesaian transaksi ini akan bergantung kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelulusan kawal selia.
Selepas penyelesaian jualan, Hong Kong Life tidak lagi akan dikaitkan dengan OCBC dan OCBC Hong Kong.
OCBC menyatakan bahawa transaksi ini dijangka tidak akan memberi impak besar kepada aset nyata bersih atau pendapatan sesaham kumpulan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg