Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Optus pertahan diri tindakan mahkamah dalam serangan siber 2022

Jun 14, 2024 | 4:50 PM
Menurut Optus, pada peringkat ini, ia tidak dapat menganggar jumlah penalti, jika ada, yang mungkin dikenakan terhadap syarikat itu daripada prosiding tersebut.
Menurut Optus, pada peringkat ini, ia tidak dapat menganggar jumlah penalti, jika ada, yang mungkin dikenakan terhadap syarikat itu daripada prosiding tersebut. - Foto REUTERS

Syarikat telekomunikasi Optus Mobile, anak syarikat Singtel di Australia, menyatakan sekali lagi hasratnya mempertahan diri dalam tindakan mahkamah yang difailkan oleh Penguasa Komunikasi dan Media Australia (Acma) berhubung insiden serangan siber yang dialami pada 2022.

Pada 14 Jun, Optus menyatakan ia maklum serangan siber itu hanya menjejas sekitar 10,200 pelanggan, mengakibatkan maklumat peribadi mereka diterbitkan di Internet menyusuli insiden tersebut.

Ini berbeza dengan dakwaan Acma yang menyatakan sekitar 3.6 juta pelanggaran berlaku terhadap Akta Telekomunikasi (Pemintasan dan Akses) Australia.

Menurut Optus, pada peringkat ini, ia tidak dapat menganggar jumlah penalti, jika ada, yang mungkin dikenakan terhadap syarikat itu daripada prosiding yang dibawa oleh badan pemerhati media Australia itu, lapor The Business Times (BT).

“Ia akhirnya adalah satu perkara yang ditentukan Mahkamah Persekutuan.

“Sekiranya terdapat pelanggaran, mahkamah akan pertimbang beberapa faktor dan mengenakan jumlah penalti yang dianggap wajar secara keseluruhannya, berdasarkan peristiwa yang berlaku.

“Ia tidak semestinya satu kiraan langsung berdasarkan bilangan pelanggaran,” kata syarikat itu.

Optus menambah bahawa ia telah mengambil “beberapa langkah penting”, termasuk bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa lain, untuk mengurangkan bahaya dan keburukan yang mungkin dihadapi pelanggan yang terjejas oleh serangan siber 2022.

Pada 22 Mei lalu, syarikat telekomunikasi itu mengumumkan bahawa Acma telah memfailkan satu tindakan mahkamah berkaitan serangan siber itu dengan mendakwa bahawa Optus gagal melindungi kerahsiaan maklumat peribadi pelanggan daripada diceroboh atau terdedah kepada akses tanpa kebenaran.

Optus berhasrat mempertahankan diri dalam prosiding tersebut.

Pada Mac lalu, Optus didenda A$1.5 juta ($1.3 juta) oleh Acma kerana melanggar peraturan keselamatan awam, selepas ia gagal memuat naik data melalui pembekal sumber luarnya, Prvidr, ke Pangkalan Data Nombor Awam Bersepadu.

Pada September 2022, Optus mengalami serangan siber yang mendedahkan maklumat peribadi pelanggan, termasuk alamat rumah, nombor pasport dan nombor telefon pelanggan.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa serangan siber dan gangguan Internet Optus di seluruh Australia, menyebabkan sekitar 10 juta pelanggan Australia tanpa akses telefon atau Internet selama 12 jam.

Insiden tersebut menyebabkan Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, menggesa peraturan privasi diperketat yang memerlukan syarikat memaklumkan bank dengan lebih cepat, sekiranya ia mengalami serangan siber serupa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg