Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi atasi isu ekonomi, kos sara hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi atasi isu ekonomi, kos sara hidup

Dec 12, 2023 | 07:03 PM



KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 12 Disember, dilihat mampu melonjakkan prestasi perkhidmatan kerajaan dan membawa ekonomi negara ke tahap lebih baik.


Datuk Anwar ketika mengumumkan barisan Kabinet baru kerajaan pimpinannya, berkata rombakan Kabinet itu bertujuan menyesuaikan tuntutan dan perubahan semasa.

Katanya, keadaan kini sudah berubah dan perlu ditangani dengan lebih baik termasuk dalam isu pertumbuhan ekonomi, penyelesaian isu kos sara hidup, pendidikan dan hubungan antarabangsa.

“Setelah kita menyempurnakan tugas sebaik mungkin dalam tempoh satu tahun kita buka tirai, sekarang kita cuba menangani beban yang diperlukan.

“Keadaan juga berubah, bukan saja berdasarkan prestasi yang lalu, tetapi dari segi pertumbuhan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup yang harus ditangani dengan baik,” katanya pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di Putrajaya pada 12 Disember.

Rombakan itu dilihat reformasi yang sehaluan dengan kehendak dan desakan rakyat yang meminta perubahan, selepas setahun Kerajaan Madani mentadbir negara.

Pada 3 petang hari tersebut, lima menteri dan lima timbalan menteri yang baru dilantik, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, di Istana Negara, di sini.

Pelantikan teknokrat hebat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ke jawatan penting, Menteri Kewangan II, agak mengejutkan kerana ramai menjangkakan Datuk Johari Abdul Ghani bakal menduduki kerusi itu.

Namun, pelbagai pihak yakin kemampuan Datuk Amir Hamzah yang berpengalaman 25 tahun dalam sektor korporat termasuk menerajui organisasi penting antaranya Kumpulan Shell, Tenaga Nasional Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Icon Offshore Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Jika dihitung mengikut posisi parti, Kabinet baru ini diterajui 29 Ahli Parlimen (AP) daripada blok Pakatan Harapan; 13 AP daripada Barisan Nasional, manakala 18 AP daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan.

Pelbagai reaksi turut dikongsi beberapa pihak susulan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Strategi firma perundingan hal ehwal awam dan risiko politik, KRA Group, Encik Amir Fareed Rahim, berkata rombakan itu mampu memperkukuhkan pasukan ekonomi sebagai satu entiti penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam cabaran global ketika ini.

“Objektif ekonomi itu perlu jelas sebagaimana yang telah dibentangkan dalam agenda Ekonomi Madani dan Belanjawan 2024 umpamanya dan saya yakin Datuk Amir Hamzah dapat menjalankan peranannya dengan baik.

“Asas telah diletakkan dan fokus sekarang adalah pelaksanaan. Sekarang kita menantikan apa yang dijanjikan kerajaan dapat dikotakan,” katanya pada temu bual langsung di Astro Awani.

Beliau berkata pemisahan dan penubuhan kementerian baru juga akan melicinkan lagi jentera kerajaan melaksanakan agenda dan menyampaikan khidmat kepada rakyat.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, percaya fungsi Kementerian Kewangan akan disampaikan dengan baik menerusi pelantikan tokoh teknokrat yang akan bergandingan bersama Datuk Anwar.

“Saya percaya kredibiliti beliau dapat meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelabur berkenaan hala tuju dasar berkaitan kewangan kerajaan dan ekonomi negara secara umumnya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Bagaimanapun penganalisis politik bebas, Encik Khoo Kay Peng, pula berpandangan berbeza dan menyifatkan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri sebagai mengecewakan, dengan “tiada yang luar biasa”.

“Ia bukan transformasi buat kabinet Anwar. Pelantikan Datuk Amir Hamzah adalah tambahan yang baik, namun jawatan menteri utama lain dibiarkan sama.

“Ini bermakna beliau yakin pentadbirannya berjalan baik, sedangkan kemahuan ramai atau apa yang dicadangkan oleh beberapa tinjauan pendapat berbeza dan perubahan itu tidak berlaku,” katanya kepada MalaysiaKini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >