Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pakar lebih optimis terhadap prestasi ekon S’pura 2024

Jan 03, 2024 | 06:24 PM



Pakar ekonomi kini lebih optimis dan menjangka masa depan Singapura yang lebih cerah bagi 2024, menyusuli ekonomi negara yang berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada suku akhir 2023.

Perkembangan ekonomi itu antara lain dirangsang oleh prestasi lebih baik dalam sektor perkilangan.

Ekonomi Singapura berkembang 2.8 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, berbanding 1 peratus pada suku sebelumnya.

Ia jauh melebihi pertumbuhan 1.8 peratus yang diramal oleh penganalisis dalam tinjauan Bloomberg, lapor The Straits Times (ST).


Bagi keseluruhan 2023, ekonomi berkembang 1.2 peratus – lebih rendah daripada pertumbuhan 3.6 peratus pada 2022, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 2 Januari.

Perkembangan ekonomi bagi 2023 itu lebih tinggi sedikit daripada pertumbuhan 1 peratus yang diunjurkan dalam tinjauan suku tahunan oleh peramal profesional yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 13 Disember.

Dalam Amanat Tahun Baru 2024, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang 1 hingga 3 peratus pada 2024.

Bagaimanapun, banyak akan bergantung kepada persekitaran luaran, katanya.

Pakar ekonomi Maybank, Dr Chua Hak Bin, berkata ekonomi Singapura mencatat prestasi lebih baik kerana didorong oleh pemulihan sektor perkilangan.

Pemangku ketua pakar ekonomi kumpulan bank RHB, Encik Barnabas Gan, pula berkata ekonomi China yang mungkin pulih pada 2024 boleh merangsang permintaan pelancongan di rantau ini.

Ketua pakar ekonomi Bank OCBC, Cik Selena Ling, kurang optimis dan mengekalkan ramalan pertumbuhan 2 peratus bagi 2024.

Cik Ling turut berkata pemerintah dijangka mengumumkan pakej bantuan dalam Belanjawan 2024 pada Februari ini.

Menurutnya, pemerintah mungkin menghulurkan pakej bantuan kos sara hidup tambahan untuk pekerja dan keluarga bergaji rendah dan memerlukan, terutama dengan 2024 dikatakan sebagai tahun peralihan kepimpinan.

Pada suku keempat 2023, sektor perkilangan berkembang 3.2 peratus tahun ke tahun, selepas menguncup sepanjang tiga suku pertama 2022.

Pertumbuhan itu didorong oleh hasil pengeluaran yang berkembang dalam semua kelompok, kecuali industri kejuruteraan jitu.

Sektor pembinaan berkembang 9.1 peratus tahun ke tahun, lebih pantas daripada pertumbuhan 6.2 peratus pada suku sebelumnya.

Semua sektor dalam kategori perkhidmatan turut berkembang pada suku keempat.

Sektor perkhidmatan penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta sektor perkhidmatan lain naik 2 peratus tahun ke tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan 3.9 peratus pada suku sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >