Pekerjaan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kredit SkillsFuture boleh diguna untuk khidmat bimbingan kerjaya

Mar 7, 2025 | 4:34 PM
Kredit SkillsFuture akan boleh digunakan bagi semua perkhidmatan bimbingan kerjaya yang layak, yang disahkan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG).
Kredit SkillsFuture akan boleh digunakan bagi semua perkhidmatan bimbingan kerjaya yang layak, yang disahkan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG). - Foto ST

Warga Singapura tidak lama lagi boleh menggunakan Kredit SkillsFuture mereka bukan sahaja untuk kursus peningkatan kemahiran dan latihan, tetapi juga untuk perkhidmatan bimbingan kerjaya.

Mengumumkan demikian dalam perbahasan mengenai Belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon, berkata kredit SkillsFuture akan boleh digunakan bagi semua perkhidmatan bimbingan kerjaya yang layak, yang disahkan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG).

“Kami ingin menjadikan bimbingan kerjaya bermutu lebih mudah diakses oleh semua pekerja.

“Sesetengah (pekerja) mungkin teragak-agak untuk mendapatkan bimbingan kerjaya kerana mereka bimbang tentang kos dan tidak pasti tentang mutu penyedia perkhidmatan.

“Kami berbesar hati berkongsi bahawa kami telah melanjutkan penggunaan peringkat asas Kredit SkillsFuture... bagi semua perkhidmatan bimbingan kerjaya yang layak, yang disahkan oleh WSG.

“Sebagai permulaan, kredit ini boleh digunakan untuk mengimbangi yuran Polaris.

“Senarai penyedia yang disahkan akan dikembangkan secara progresif untuk membantu pekerja mengakses bimbingan kerjaya yang berkualiti,” kata Dr Koh.

Program Polaris, yang dirintis pada November 2023, bertujuan menyokong individu dalam melakar pembangunan kerjaya jangka panjang mereka sementara masih dalam pekerjaan, termasuk penerokaan peluang baru dalam sektor baru muncul.

Para pekerja boleh menggunakan kredit $1,000 sedia ada – kredit pembukaan $500 dan tambah nilai $500 sekali sahaja yang diberikan pada 2020 – untuk tujuan ini.

Menurut MOM, perkhidmatan bimbingan kerjaya bertujuan memperkasakan peserta untuk membuat keputusan kerjaya yang termaklum dan membimbing mereka dalam membentuk pelan pembangunan kerjaya yang disesuaikan untuk memacu pertumbuhan profesional mereka.

WSG berkata bimbingan kerjaya melibatkan sokongan profesional khusus yang diberikan kepada individu untuk membantu mereka memperoleh kejelasan kerjaya dan kesedaran diri, supaya dapat membuat pilihan dan keputusan kerjaya yang termaklum.

Ini dijalankan melalui proses yang memberi tumpuan kepada menemui dan membangunkan gabungan Kemahiran Pengurusan Kerjaya yang diperlukan untuk individu menguruskan kerjaya mereka dan meningkatkan daya saing dalam pasaran buruh.

Penyedia bermutu dengan pengamal kerjaya bertauliah yang menyokong standard profesional dan etika adalah kunci untuk membina dan mengekalkan kepercayaan dalam individu yang mencari bimbingan kerjaya untuk perancangan dan pembangunan kerjaya mereka, tambah MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg