Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelabuhan Tuas kendali 10j kontena sejak Sep 2022

PSA: Ia bukti kepentingan strategik Pelabuhan Tuas dalam rantaian bekalan, industri logistik S’pura
Feb 25, 2025 | 3:20 PM
Pencapaian ini menonjolkan kepentingan strategik Pelabuhan Tuas dalam rantaian bekalan dan industri logistik Singapura.
Pencapaian ini menonjolkan kepentingan strategik Pelabuhan Tuas dalam rantaian bekalan dan industri logistik Singapura. - Foto ZAOBAO

Pelabuhan Tuas telah mengendalikan secara keseluruhan 10 juta kapal kontena, atau kontena 20 kaki (TEU), sejak ia memulakan operasi pada September 2022, menurut pengendali pelabuhan PSA Singapura pada 24 Februari.

Pencapaian ini menonjolkan kepentingan strategik Pelabuhan Tuas dalam rantaian bekalan dan industri logistik Singapura.

Ia juga menunjukkan kecekapan operasi, teknologi dan prasarana pelabuhan, serta hasil usaha sama antara pelanggan, rakan kongsi dan tenaga kerja PSA, menurut pengendali pelabuhan itu.

Pelabuhan Tuas sedang dibangunkan dalam empat fasa dan akan menjadi terminal automatik sepenuhnya yang terbesar di dunia apabila siap pada 2040-an.

Ia kini mempunyai 11 dermaga, lapor The Straits Times (ST).

Pada 2027 apabila fasa pertama Pelabuhan Tuas siap sepenuhnya, ia akan mempunyai 21 dermaga yang boleh mengendalikan 20 juta TEU setiap tahun. 

Secara keseluruhan, pelabuhan ini akan mempunyai 66 dermaga apabila ia siap sepenuhnya menjelang 2040-an.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PSA International, Encik Ong Kim Pong, berkata pelabuhan mega ini berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang dalam industri rantaian bekalan global dengan skala, kapasiti dan keupayaannya yang canggih.

Acara pembukaan rasmi Pelabuhan Tuas diadakan pada 1 September 2022, dengan tiga dermaga beroperasi. 

Semasa acara pembukaan rasmi, CEO syarikat perkapalan tempatan PIL, Encik Lars Kastrup, berkata pelabuhan itu dianggarkan mampu mengendalikan lebih daripada 25 hingga 30 kontena sejam.

Operasi di Terminal Tanjong Pagar, Keppel dan Brani akan dipindahkan ke pelabuhan ini menjelang 2027.

Manakala, operasi di Terminal Pasir Panjang akan terus dijalankan seperti biasa sehingga 2040-an apabila operasinya digabungkan dengan Pelabuhan Tuas.

“Pelabuhan Tuas akan terus meningkatkan daya hubungan dengan pasaran global dan memperkukuh daya saing Singapura dalam industri pelabuhan dan rantaian bekalan antarabangsa,” kata CEO serantau Asia Tenggara PSA International, Encik Nelson Quek.

Pada 2024, pelabuhan Singapura mencatatkan rekod baru pencapaian 3.11 bilion tan kasar dalam jumlah ketibaan kapal, berbanding 3.09 bilion tan kasar pada 2023. 

Singapura merupakan tapak pelabuhan kontena kedua paling sibuk di dunia selepas Shanghai.

Pelabuhan itu juga telah mengendalikan 41.12 juta TEU pada 2024, menandingi rekod 2023 sebanyak 39.01 juta TEU.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg