Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelan perkukuh masa depan Lapangan Terbang Changi sebagai hab global

Aug 04, 2023 | 05:00 PM



Satu pelan baru telah dilancarkan untuk melakarkan masa depan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan global di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit di rantau ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, melancarkan Perancangan Perubahan Industri (ITM) Pengangkutan Udara itu pada Jumaat.

“Kami tidak boleh ambil sambil lewa status hab sekarang,” kata Encik Chee semasa berucap di pembukaan pameran OneAviation Careers 2023 di Pusat Konvensyen Suntec City.

Beliau menambah: “Teknologi sedang berkembang pesat, termasuk kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI)... keupayaan kita untuk menyesuaikan diri dan berubah dengan teknologi akan menentukan jika kita kekal menjadi hab udara terulung atau akan hilang kedudukan kepada pesaing.”

Sebelum pandemik, hab udara Changi dan industri berkaitan menyokong hampir 200,000 pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi Singapura dan membentuk lebih daripada 5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara.

Walaupun trafik penumpang udara kini pada tahap sekitar 90 peratus berbanding sebelum pandemik, dan dijangka pulih sepenuhnya pada separuh pertama 2024 atau lebih awal, Encik Chee memaparkan beberapa cabaran yang dihadapi sektor penerbangan.

Salah satu isu utama adalah tenaga kerja Singapura tidak boleh terus berkembang pada kadar yang sama kerana penduduknya yang menua, dan tempat kerja serta amalan kerja perlu bersesuaian dengan hal ini, katanya.

“Sektor penerbangan perlu berdepan dengan keadaan pasaran buruh tempatan yang semakin ketat, bersama sektor-sektor lain dalam ekonomi Singapura,” kata Encik Chee.

Pada 2030, sekitar seorang dalam empat warga Singapura akan berusia 65 tahun ke atas, berbanding satu dalam 10 orang pada 2010.

Ini amat mencabar bagi sesetengah peranan penerbangan tertentu yang melibatkan kerja manual dan fizikal, katanya lagi.

Justeru, salah satu daripada empat strategi yang dibentangkan dalam pelan hala tuju yang diperbaharui bagi sektor penerbangan itu adalah untuk mengubah operasi lapangan terbang menerusi teknologi dan automasi.

Strategi lain dalam ITM Pengangkutan Udara 2025 baru itu ialah untuk membina hab udara yang selamat dan mampan, menginovasi dalam bidang yang berkembang seperti penerbangan tanpa pemandu dan menghasilkan tenaga kerja berdaya tahan pada masa depan.

Menerusi penggunaan biometrik dan penyelesaian digital, misalnya, penduduk dan pengunjung Singapura dapat melalui pemeriksaan imigresen tanpa menggunakan pasport mulai 2024, kata Encik Chee.

Percubaan kenderaan autonomi untuk pengangkutan bagasi dan kargo di Changi juga sedang berjalan dengan baik, katanya. Sekumpulan kenderaan dipandu sendiri dijangka digunakan di lapangan terbang dalam tempoh dua tahun akan datang.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga akan bekerjasama dengan industri dan kesatuan untuk melancarkan alat bantuan dan “separa automasi”.


Langkah-langah tersebut akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan tuntutan fizikal pengendalian operasi bagi bahagian penerbangan.


Misalnya, sistem mengendalikan bagasi baru sedang diuji di Lapangan Terbang Changi untuk membantu mengurangkan keperluan kakitangan memeriksa dan menyusun bagasi secara manual.


Encik Chee kata sektor penerbangan juga bermatlamat menyokong pekerja lebih berusia dengan membantu mereka mempelajari kemahiran baru dan menjadikan kerja fizikal lebih mudah buat mereka.

Untuk menarik lebih ramai warga Singapura ke dalam industri itu, CAAS pada Jumaat memeterai pakatan dengan tiga organisasi untuk meningkatkan pendekatan kepada golongan muda.

Di bawah memorandum persefahaman dengan Majlis Belia Kebangsaan, Persatuan Pengakap Singapura dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura, akan ada lebih banyak peluang untuk belia mendapatkan pekerjaan dalam sektor penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >