Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemegang saham besar Cordlife jual 4.6j saham

Jan 26, 2024 | 03:05 PM



Pemegang saham besar bagi bank darah tali pusat swasta Cordlife Group, Robust Plan, menjual 4.6 juta sahamnya dalam syarikat itu pada 23 Januari, mengurangkan pegangan sahamnya daripada 5.47 peratus kepada 3.67 peratus.

Demikian menurut syarikat itu dalam pemfailan bursa pada 25 Januari, lapor The Straits Times (ST).


Dengan penjualan bernilai $1.5 juta itu, Robust Plan dan pemiliknya Shanghai Dunheng Capital Management tidak lagi menjadi pemegang saham besar bank darah tali pusat swasta itu.

Penjualan saham itu dibuat selepas berita mengenai kesilapan serius dalam pengurusan kemudahan penyimpanan unit darah tali pusat (CBU) di Cordlife, dengan suhu dalam satu tangki simpanan mencecah 20.4 darjah Celsius, jauh melebihi had yang sesuai iaitu, 150 darjah Celsius di bawah sifar.

Unit darah tali pusat perlu disimpan pada suhu 150 darjah Celsius di bawah sifar. Jika tidak, ia boleh cair dan rosak.

Sekitar 2,200 CBU dalam salah satu tangki yang terjejas telah rosak dan tidak sesuai untuk tujuan pemindahan sel induk.

Siasatan terhadap daya kehidupan atau viability CBU yang disimpan dalam enam lagi tangki yang diawet beku itu masih dijalankan. Kementerian Kesihatan (MOH) dijangka memberi maklumat terkini siasatan itu tidak lama lagi.


Syarikat itu telah diarah berhenti mengumpul, menguji, memproses dan/atau menyimpan sebarang CBU dan tisu manusia baru selama enam bulan mulai 15 Disember 2023.

MOH juga telah menemui lebih banyak kesilapan di Cordlife, termasuk kaedah pemprosesan CBU baru yang tidak disahkan dengan betul, dan sistem pemantauan suhu Cordlife yang gagal menghantar pemberitahuan apabila suhu dalam tangki melebihi paras optimal.

Cordlife juga didapati tidak menjalankan penyelenggaraan pencegahan ke atas dua tangki.

Syarikat itu dikehendaki membetulkan ketidakpatuhan itu selewat-lewatnya akhir Mei ini.

Harga saham Cordlife ditutup pada 30.5 sen pada 25 Januari, sebelum pengumuman terbaru syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >