Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 lagi kesilapan ditemui dalam urus bank tali pusat di Cordlife

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lagi kesilapan ditemui dalam urus bank tali pusat di Cordlife

Jan 23, 2024 | 05:02 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) telah menemui lebih banyak kesilapan dalam proses pengurusan bank darah tali pusat (CBU) Cordlife Group selain kes-kes tangki yang diawet beku pada suhu tidak optimal yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 23 Januari, Cordlife berkata MOH mendapati tiga lagi kesilapan, termasuk kaedah pemprosesan CBU baru, yang dilaksanakan pada Ogos 2023, yang tidak disahkan dengan betul mengikut pelan dan protokol diluluskan.

MOH juga mendapati sistem pemantauan suhu Cordlife gagal untuk menghantar pemberitahuan apabila suhu dalam tangki tertentu melebihi paras yang boleh diterima antara Februari dengan Jun 2022, dan penyelenggaraan pencegahan yang sepatutnya dilakukan pada setiap enam bulan tidak dijalankan ke atas dua tangki pada 2022.

Cordlife diberikan notis penggantungan pada 30 November 2023, selepas siasatan MOH mendapati tujuh daripada 22 tangki simpanan CBU itu mencatatkan suhu melebihi had yang boleh diterima.

Pada 22 Januari, MOH mengeluarkan satu lagi surat kepada Cordlife yang menyenaraikan beberapa perkara yang mungkin tidak mematuhi Peraturan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (Am) dan Peraturan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (Perkhidmatan Perbankan Darah Tali).

MOH menyatakan rangka kerja pelaporan insiden CBU yang tidak berkesan, latihan dan kecekapan kakitangan yang tidak mencukupi, dan penyimpanan unit CBU yang tidak sesuai.

“Kami telah dimaklumkan bahawa kami dikehendaki membetulkan kemungkinan ketidakpatuhan menjelang 31 Mei,” kata Cordlife, sambil menambah bahawa ia akan bekerjasama rapat dengan MOH untuk memastikan semua isu yang dikenal pasti akan diperbetulkan menjelang tarikh akhir.

Pada 17 Januari, syarikat itu berkata ia akan menghantar sampel CBU daripada semua tangki yang terjejas ke makmal pihak ketiga selewat-lewatnya pada 18 Januari.

Ujian sampel itu mungkin mengambil masa tiga hingga enam minggu untuk mengetahui sama ada ia masih boleh digunakan.

Pada 10 Januari, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata di Parlimen bahawa MOH sedang mengkaji keperluan kawal selia bagi penyedia perbankan darah tali pusat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >