Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cordlife akan hantar contoh darah terjejas untuk jalani ujian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cordlife akan hantar contoh darah terjejas untuk jalani ujian

Jan 17, 2024 | 06:08 PM



Bank darah tali pusat swasta, Cordlife Group Limited (CGL) bakal menghantar kesemua sampel darah tali pusat untuk ujian selewat-lewatnya pada 18 Januari, dengan sampel daripada lima daripada enam tangki terjejas telah dihantar ke makmal pihak ketiga.

Syarikat yang berlesen itu memberi kenyataan ini di Bursa Singapura (SGX) pada 17 Januari, sambil meminta agar penghentian pelaburan sahamnya ditarik balik.

​Ia telah meminta agar pelaburan di bursa saham itu dihentikan pada 16 Januari, sementara menunggu kenyataan dikeluarkan, lapor The Straits Times.

Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat daya kehidupan unit darah tali pusat (CBU) dalam enam tangki yang diawet beku pada suhu tidak optimal, yang berpotensi merosakkan sel induk dalam bahan biologi.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dalam satu hantaran di Facebook pada 8 Disember, berkata bahawa siasatan akan mengambil sekitar enam minggu. 

Pengarah eksekutif dan ketua eksekutif kumpulan Cordlife, Cik Tan Poh Lan berkata pada 17 Januari bahawa sejak akhir Disember 2023, syarikat itu telah menghantar sampel darah tali pusat yang didermakan daripada tangki terjejas yang sedang disiasat ke makmal pihak ketiga di Singapura yang dilesenkan oleh MOH untuk ujian secara berkelompok.

“Sifat ujian adalah sedemikian rupa sehingga (ujian) setiap kelompok mungkin mengambil masa antara tiga dan enam minggu untuk disiapkan, bergantung kepada sama ada terdapat keperluan untuk menjalankan ujian ulangan sampel yang didermakan dari tangki yang sama,” kata Cik Tan.

Beliau menambah bahawa sampel yang didermakan daripada tangki yang tidak terjejas juga akan menjalani ujian dalam masa terdekat.

“Syarikat kami telah memberi perkembangan terkini kepada pelanggan yang terjejas mengenai perkara ini, dan akan memberitahu mereka sebaik sahaja keputusan ujian berkaitan tersedia.

“Sementara itu, syarikat kami akan terus bekerjasama rapat dengan MOH untuk menyiasat dan menangani sebarang isu yang dikenal pasti, serta mengukuhkan proses dan prosedur,” kata Cik Tan.

Cordlife juga telah memberi respons kepada laporan Business Times (BT) pada 15 Januari yang mendedahkan beberapa kejadian serupa seperti suhu dalam salah satu tangki simpanan mencecah paras tertinggi 20.4 darjah Celsius pada 2021, dan kegagalan sistem pemantauan untuk menghantar amaran dalam satu kejadian pada Jun 2022.

Unit darah tali pusat perlu disimpan pada suhu di bawah minus 150 darjah Celsius, atau ia boleh cair dan rosak.

Pendedahan itu berdasarkan laporan yang diperoleh BT yang disediakan oleh Cordlife sebagai respon kepada pertanyaan daripada Peraturan Bursa Singapura, cabang kawal selia SGX.

Laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 10 kejadian antara November 2020 dan Julai 2022 apabila tangki tertentu mempunyai tahap suhu yang tidak menentu, berdasarkan data suhu pengawal tangki.

Cik Tan berkata: “Syarikat kami ingin memberi penjelasan bahawa maklumat tentang kawalan suhu ini terutamanya diperoleh daripada sistem penggera pemantauan persekitaran makmal, dan bukan data suhu pengawal tangki.

“Data suhu pengawal tangki digunakan terutama untuk menyokong penemuan bahawa suhu tangki berada dalam julat yang boleh diterima untuk tangki terjejas tertentu.”

Beliau menambah bahawa kerana siasatan sedang dijalankan, syarikat itu tidak dapat mengulas lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >