Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah kurangkan 30% bekalan tanah perindustrian bagi separuh kedua 2024

Jun 28, 2024 | 7:15 PM
Salah satu tapak tanah di Jalan Papan telah disenaraikan di bawah program Jualan Tanah Perindustrian Pemerintah (IGLS).
Salah satu tapak tanah di Jalan Papan telah disenaraikan di bawah program Jualan Tanah Perindustrian Pemerintah (IGLS). - Foto ZAOBAO

Pemerintah telah melancarkan lima tapak dalam senarai yang disahkan dan lima lagi tapak dalam senarai rizab, dengan jumlah keluasan tapak seluas 13 hektar, di bawah program Jualan Tanah Perindustrian Pemerintah (IGLS), bagi separuh kedua 2024.

Menurut The Business Times (BT), pengarah kanan analisis data Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, dipetik sebagai berkata bahawa bekalan tanah perindustrian di bawah senarai yang disahkan itu adalah kurang 30 peratus berbanding separuh pertama tahun ini.

“Lebih banyak tanah telah dipindahkan ke senarai rizab untuk pengusaha perusahaan manfaatkan jika ada keperluan.

“Sektor perkilangan tidak berjalan agak baik, dengan pengeluaran kilang dan eksport merosot. Kadar penghunian ruang kilang pengguna tunggal telah berkurangan sejak (suku kedua) 2020. Akibatnya, permintaan untuk tanah perindustrian telah berkurangan.

“Pengurangan dalam bekalan tanah akan mengalihkan permintaan kepada pasaran jualan semula dan membantu pasaran hartanah industri menjadi stabil,” ujar Encik Lee.

Pemerintah melancarkan penjualan 13.75 hektar tanah perindustrian di sembilan tapak melalui program IGLS untuk separuh pertama 2024, dengan lima tapak dalam senarai yang disahkan seluas 8.29 hektar dan empat tapak seluas 5.46 hektar disertakan dalam senarai rizab.

Lima tapak yang disahkan untuk separuh masa kedua ialah di Jalan Papan, Lok Yang Way, Tuas Bay Drive, Kaki Bukit dan Tukang Innovation Drive, manakala lima petak dalam senarai simpanan ialah di Jalan Papan, Tuas Road, Tukang Innovation Drive, Gambas Way dan Tampines North Drive.

Di bawah sistem tersebut, tapak dalam senarai rizab akan dilancarkan untuk tender sekiranya terdapat tawaran harga pembelian minimum yang diterima oleh pemerintah atau jika lebih daripada satu pihak yang tidak berkaitan mengemukakan harga pembelian minimum yang hampir dengan harga rizab pemerintah bagi tapak berkenaan dalam tempoh yang munasabah.

Pada 27 Disember, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan ia akan melancarkan sejumlah 13.75 hektar tanah perindustrian di sembilan tapak pembangunan menerusi IGLS dalam separuh pertama 2024.

MTI berkata pemerintah akan terus memperuntukkan bidang tanah yang mencukupi melalui program IGLS untuk memastikan bekalan ruang industri mencukupi di Singapura, menurut BT lagi.

JTC Corporation akan menjadi ejen jualan untuk kesemua tapak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg