Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemerintah tawar 9 tapak industri dalam penjualan separuh pertama 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah tawar 9 tapak industri dalam penjualan separuh pertama 2024

Dec 27, 2023 | 05:23 PM



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan melancarkan sejumlah 13.75 hektar tanah perindustrian di sembilan tapak pembangunan menerusi program Penjualan Tanah Perindustrian Pemerintah (IGLS) dalam separuh pertama 2024.

Pada 27 Disember, MTI berkata pemerintah akan terus memperuntukkan bidang tanah yang mencukupi melalui program IGLS untuk memastikan bekalan ruang industri mencukupi di Singapura, lapor The Business Times.


Lima tapak dalam senarai sah dan mempunyai keluasan keseluruhan 8.29 hektar, sementara empat tapak, yang berkeluasan keseluruhan 5.46 hektar, dalam senarai rizab.

JTC Corporation akan menjadi ejen jualan untuk kesemua tapak itu.

Syarat penjualan dan penyerahan tender dianggar disediakan seawal Januari 2024 bagi salah satu tapak dalam senarai sah, iaitu tapak seluas 0.9 hektar di Jalan Papan di kawasan Jurong dengan nisbah tapak kasar (GPR) 1.4 dan tempoh 20 tahun.

Buat masa ini, dua tapak dalam senarai rizab terkini juga tersenarai dalam rizab separuh tahun kedua (H2) 2023 di bawah program IGLS. Kedua-dua tapak mempunyai GPR sekitar 1.4.

Tapak dalam senarai rizab akan dibuka untuk tender jika pihak berminat memohon dengan tawaran harga pembelian minimum yang boleh diterima oleh pemerintah.

Sebagai alternatif, tapak itu juga akan dibuka untuk tender jika terdapat minat pasaran yang mencukupi di mana lebih satu pihak yang tidak ada kaitan mengemukakan harga pembelian minimum yang hampir dengan harga rizab pemerintah untuk tapak tersebut, dalam tempoh yang munasabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >