Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pendapatan suku ke-3 SIA naik 4.9% kepada $659j

Feb 21, 2024 | 03:37 PM



Syarikat penerbangan tempatan Singapore Airlines (SIA) yang tersenarai di papan utama bursa saham, pada 20 Februari mencatat keuntungan bersih sebanyak $659 juta bagi suku ketiga yang berakhir 31 Disember 2023, naik 4.9 peratus daripada $628 juta bagi tempoh sama setahun lalu.

Keuntungan lebih tinggi itu dirangsang oleh permintaan penumpang daripada pasaran Asia Utara yang rancak semula, sedang China, Hong Kong, Jepun dan Taiwan membuka semula ekonomi, menurut SIA dalam kemas kini perniagaan suku ketiganya.

Kenaikan dalam keuntungan bersih tersebut juga disumbang oleh perbelanjaan cukai lebih rendah, bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu, lebihan daripada penjualan pesawat, alat gantian dan enjin gantian, serta pendapatan faedah bersih lebih tinggi, menurut akhbar The Straits Times (ST).


Dengan prestasi lebih baik itu, pendapatan sesaham sebanyak 16 sen diberikan pada suku ketiga tahun kewangan 2024, meningkat daripada 10.3 sen bagi suku ketiga tahun kewangan 2023.

Hasil bagi suku tersebut juga naik 4.9 peratus kepada $5.1 bilion daripada $4.8 bilion bagi suku ketiga tahun kewangan 2023.

Hasil tersebut merupakan pendapatan suku tahun yang pertama kali melepasi paras $5 bilion dalam sejarah SIA, menurut SIA dalam pemfailan.

Pendapatan yang bertambah itu disebabkan permintaan penumpang yang tinggi, dengan pendapatan penumpang naik 10.6 peratus kepada $4.2 bilion, walaupun jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) merosot sebanyak 7.4 peratus kepada 11.2 sen.

RPK adalah penunjuk utama bagi permintaan penumpang dan prestasi syarikat penerbangan.

Bagaimanapun, keuntungan operasi kumpulan itu turun 19.3 peratus kepada $609 juta, daripada $755 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

SIA dan cabang penerbangan bajetnya, Scoot menerbangkan 9.5 juta penumpang pada suku ketiga tahun kewangan 2024, melonjak 29.4 peratus tahun ke tahun.

Trafik penumpang kumpulan SIA bagi suku tersebut juga melonjak 19.1 peratus kepada 37.1 bilion.

SIA menjangka permintaan perjalanan udara terus sihat pada masa depan.

“Jualan bagi penerbangan masa depan terus kukuh, sejajar dengan peningkatan kapasiti di kebanyakan pasaran, disokong oleh permintaan memuncak bagi perjalanan riadah semasa cuti sekolah dan cuti Easter pada Mac dan April 2024,” kata SIA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >